{"id":3852,"date":"2026-08-04T10:55:32","date_gmt":"2026-08-04T08:55:32","guid":{"rendered":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=3852"},"modified":"2026-08-04T10:55:32","modified_gmt":"2026-08-04T08:55:32","slug":"saidina-bilal-radiyallahu-anhu-bendahari-rasulullah-sallallahu-alaihi-wasallam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=3852","title":{"rendered":"Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) \u2013 Bendahari Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam)\u200e"},"content":{"rendered":"<p class=\"\" dir=\"RTL\" style=\"text-align: center; font-family: 'Traditional Arabic'; font-size: 16pt;\">\u0643\u0627\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0625\u0630\u0627 \u062a\u0644\u0642\u0649 \u0645\u0627\u0644\u0627 \u0644\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646\u060c \u0623\u0648\u062f\u0639\u0647 \u0639\u0646\u062f \u0633\u064a\u062f\u0646\u0627 \u0628\u0644\u0627\u0644 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 (\u0645\u0639\u064a\u0646\u0627 \u0644\u0647 \u062e\u0627\u0632\u0646\u0627 \u0639\u0644\u064a\u0647) (\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0625\u0635\u0627\u0628\u0629 \u0661\/\u0664\u0665\u0665)<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Setiap kali Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) menerima sebarang harta untuk umat Islam, baginda akan mengamanahkannya kepada Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) (sekali gus melantik beliau sebagai bendahari baginda bagi menguruskan harta tersebut). (Al-Isabah 1\/455)<\/em><\/p>\n<p><strong>Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) \u2013 Bendahari Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam)<\/strong><\/p>\n<p>Tabi&#8217;in Abdullah Al-Hawzani (rahimahullah) menceritakan bahawa beliau pernah bertemu dengan Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) di Halab (sebuah kota di Syam). Semasa bertemu dengan Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu), beliau bertanya, \u201cWahai Bilal (radiyallahu &#8216;anhu)! Ceritakanlah kepadaku bagaimana cara Nabi (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) membelanjakan harta (untuk jalan agama).\u201d<\/p>\n<p>Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) menjawab:<\/p>\n<p>\u201cSejak Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) mengutuskan Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) sebagai seorang Nabi sehinggalah baginda meninggalkan dunia ini, keadaan Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) adalah sedemikian rupa \u2013 (sejak saya berada bersama baginda,) setiap kali baginda menerima sebarang harta, baginda akan menyerahkannya kepadaku.<\/p>\n<p>\u201cApabila ada seorang Muslim yang datang menemui Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) dan baginda mendapati orang tersebut tidak mempunyai pakaian (atau makanan) yang mencukupi, baginda akan mengarahkanku untuk menyediakan pakaian (dan makanan) untuknya. Sekiranya Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) tidak mempunyai sebarang harta, aku akan membuat pinjaman untuk membeli kain selendang dan apa sahaja yang diperlukan, lalu aku memakaikan pakaian dan memberi makanan kepada orang tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini berterusan sehinggalah pada suatu hari, seorang lelaki kafir datang kepadaku dan berkata, \u2018Wahai Bilal! Aku mempunyai harta yang banyak, jadi janganlah engkau meminjam daripada orang lain selain daripadaku.\u2019 Maka, aku pun mula membuat pinjaman daripadanya dan berhenti meminjam daripada orang lain.<\/p>\n<p>\u201cPada suatu hari, selepas aku selesai berwuduk dan bersiap sedia untuk mengumandangkan azan solat, aku terpandang lelaki kafir tersebut berdiri di tengah-tengah sekumpulan pedagang berdekatan. Apabila dia melihatku, dia terus memanggilku seraya berkata, \u2018Wahai orang Habsyi!\u2019 Kemudian dia mula bercakap denganku dengan nada yang sangat biadap dan kasar. Dia bertanya, \u2018Tahukah engkau berapa hari lagi yang tinggal sehingga akhir bulan?\u2019 Aku menjawab, \u2018Akhir bulan sudah hampir.\u2019 Dia lalu berkata, \u2018Hanya tinggal empat malam sahaja lagi! Jika engkau tidak menjelaskan hutangku menjelang akhir bulan, aku akan mengambilmu sebagai hamba bagiku sebagai ganti wang yang engkau hutang. Aku meminjamkan harta kepadamu bukannya kerana aku menghormatimu atau rakanmu (iaitu Rasulullah sallallahu &#8216;alaihi wasallam). Aku hanya meminjamkan harta kepadamu supaya engkau menjadi hambaku dan aku akan menyuruhmu menggembala kambing semula (dalam hidupmu), sebagaimana yang pernah engkau lakukan sebelum ini (semasa engkau menjadi hamba).\u2019<\/p>\n<p>\u201cApabila aku mendengar kata-kata tersebut daripadanya, aku terkejut . Walau bagaimanapun, aku tetap mengumandangkan azan solat dan kami kemudian mendirikan solat Isyak.<\/p>\n<p>\u201cApabila Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) pulang ke rumah selepas solat Isyak, aku pergi menemui baginda dan meminta izin untuk masuk ke rumahnya bagi berbicara. Apabila baginda memberi izin, aku masuk lalu berkata, \u2018Wahai Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam)! Demi bapa dan ibuku yang menjadi taruhan bagimu! Lelaki kafir yang pernah aku ceritakan kepadamu yang aku buat pinjaman daripadanya \u2013 dia telah mengancam untuk mengambilku sebagai hambanya jika aku tidak membayarnya menjelang akhir bulan. Engkau mahupun aku tidak mempunyai kelengkapan harta untuk membayarnya dan dia mahu memalukanku (di hadapan orang ramai). Berikanlah izin kepadaku untuk melarikan diri ke kawasan lain di mana penduduknya telah memeluk Islam, supaya aku dapat tinggal bersama mereka sehinggalah Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) memberikan engkau rezeki untuk membayar wang yang aku hutangi daripada lelaki kafir tersebut.\u2019<\/p>\n<p>\u201cSetelah menceritakan perkara ini kepada Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam), aku meninggalkan rumah baginda lalu menuju ke rumahku. Setibanya di rumah, aku mengumpulkan pedang, beg, tombak dan capal lalu meletakkannya di bahagian kepalaku, kemudian aku berbaring sambil menghadap ke arah kaki langit. Kerana terlalu bimbang, pada mulanya aku tidak dapat tidur. Setiap kali aku tertidur, aku akan terus terjaga dalam keadaan terkejut. Akhirnya aku dapat juga tidur dan hanya terjaga berhampiran waktu subuh sadiq.<\/p>\n<p>\u201cPada waktu pagi, semasa aku baru hendak keluar dari rumah, tiba-tiba seorang lelaki datang berlari kepadaku sambil memanggil, \u2018Wahai Bilal! Kemarilah! Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) memanggilmu!\u2019 Aku terus bergegas menemui Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam), dan setibanya di sana, aku mendapati di sekeliling rumah Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) terdapat empat ekor haiwan tunggangan yang sarat dengan muatan barang.<\/p>\n<p>\u201cRasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) berkata kepadaku, \u2018Berita gembira (wahai Bilal)! Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) telah menyediakan jalan untuk engkau jelaskan hutangmu.\u2019 Apabila mendengar berita gembira ini, aku terus memuji Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala).<\/p>\n<p>\u201cRasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) bertanya kepadaku, \u2018Tidakkah engkau lalu berhampiran empat ekor haiwan yang sedang melutut (di sebelah sana)?\u2019 Aku menjawab, \u2018Ya, aku ada melihatnya.\u2019 Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) kemudian bersabda, \u2018Sesungguhnya unta-unta tersebut beserta dengan muatannya adalah milikmu.\u2019 Apabila aku melihatnya, aku mendapati semuanya sarat dengan pakaian dan makanan yang dihadiahkan oleh pemimpin Fadak (sebuah tempat berhampiran Madinah Munawwarah) kepada Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam).<\/p>\n<p>\u201cRasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) berkata kepadaku, \u2018Ambillah unta-unta ini serta barangan muatannya dan jelaskanlah hutang-hutangmu dengannya.\u2019 Aku mematuhi arahan Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam), mengambil unta-unta tersebut dan mula memindahkan barangan muatannya. Kemudian aku mengikat unta-unta itu lalu pergi mengumandangkan azan solat Subuh.<\/p>\n<p>\u201cSetelah kami selesai mendirikan solat Subuh, aku berjalan menuju ke Baqi\u2019, lalu memasukkan jari-jariku ke dalam telinga (untuk membantu meninggikan suara) dan melaungkan dengan suara yang sekuat-kuatnya, \u2018Sesiapa yang mahu menuntut wang yang dihutangi oleh Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) daripadanya, hendaklah dia tampil ke hadapan!\u2019<\/p>\n<p>\u201cAku terus menjual barangan tersebut dan melunaskan hutang-hutang apabila para pemiutang datang, berniaga dan menukarkan barang bagi menggantikan wang hutang, sehinggalah setiap satu hutang selesai dilunaskan (termasuk hutang lelaki kafir yang mengancam untuk mengambilku sebagai hamba). Setelah membayarkan kesemua hutang, aku masih mempunyai baki sebanyak satu setengah atau dua uqiyah emas.<\/p>\n<p>\u201cPada waktu itu, sebahagian besar waktu siang telah berlalu. Aku pergi ke masjid dan mendapati Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) sedang duduk bersendirian. Setelah memberi salam kepada baginda, baginda bertanya kepadaku apa yang telah aku lakukan dengan unta-unta dan barangan muatan tersebut. Aku menjawab, \u2018Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) telah melunaskan setiap hutang Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) sehingga tidak ada lagi hutang yang berbaki.\u2019<\/p>\n<p>\u201cBaginda kemudian bertanya kepadaku, \u2018Adakah terdapat sebarang harta yang masih berbaki?\u2019 Aku menjawab, \u2018Ya, ada dua keping wang emas.\u2019 Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) bersabda kepadaku, \u2018(Sedekahkanlah harta ini dan) lepaskanlah aku daripada bebannya! Aku tidak akan pulang ke rumah mana-mana isteriku sehinggalah engkau melepaskan aku daripada dua keping wang emas ini (dengan menyedekahkannya kepada orang miskin).\u2019<\/p>\n<p>\u201cDisebabkan tidak ada seorang pun yang datang membawa keperluan (untuk aku berikan sedekah tersebut), Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) tidak pulang ke rumah mana-mana isteri baginda yang mulia, sebaliknya menghabiskan sepanjang malam di dalam masjid.<\/p>\n<p>\u201cRasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) tinggal di dalam masjid sehinggalah hari kedua hampir melabuhkan tirainya. Barulah selepas itu datang dua orang musafir yang aku bawa bersama untuk diberi makanan dan pakaian. Selepas kami selesai mendirikan solat Isyak,<\/p>\n<p>Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) memanggilku dan bertanya apa yang telah aku lakukan dengan baki wang tersebut. Aku berkata kepada Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam), \u2018Wahai Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam), Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) telah melepaskan engkau daripada beban harta tersebut.\u2019<\/p>\n<p>\u201cDalam kegembiraan, Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) mengucapkan \u2018Allahu Akbar!\u2019 dan memuji Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala) atas rasa syukur, kerana baginda sangat bimbang sekiranya meninggal dunia dalam keadaan masih mempunyai harta dalam simpanannya. Aku kemudian mengekorinya semasa baginda pergi ke rumah isteri-isterinya yang mulia, memberi salam kepada mereka seorang demi seorang, sehinggalah baginda akhirnya sampai ke rumah isteri yang mendapat giliran untuk baginda bermalam bersamanya.\u201d<\/p>\n<p>Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) kemudian berkata kepada Tabi&#8217;in Abdullah Al-Hawzani (rahimahullah), \u201cInilah jawapan kepada soalanmu. Beginilah cara Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) membelanjakan harta yang diterimanya pada jalan Allah (subhanahu wa ta&#8217;ala).\u201d (Dala&#8217;il an-Nubuwwah oleh al-Baihaqi 1\/348)*<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u0643\u0627\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 \u0625\u0630\u0627 \u062a\u0644\u0642\u0649 \u0645\u0627\u0644\u0627 \u0644\u0644\u0645\u0633\u0644\u0645\u064a\u0646\u060c \u0623\u0648\u062f\u0639\u0647 \u0639\u0646\u062f \u0633\u064a\u062f\u0646\u0627 \u0628\u0644\u0627\u0644 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 (\u0645\u0639\u064a\u0646\u0627 \u0644\u0647 \u062e\u0627\u0632\u0646\u0627 \u0639\u0644\u064a\u0647) (\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0625\u0635\u0627\u0628\u0629 \u0661\/\u0664\u0665\u0665) Setiap kali Rasulullah (sallallahu &#8216;alaihi wasallam) menerima sebarang harta untuk umat Islam, baginda akan mengamanahkannya kepada Saidina Bilal (radiyallahu &#8216;anhu) (sekali gus melantik beliau sebagai bendahari baginda bagi menguruskan harta &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[23],"tags":[],"class_list":["post-3852","post","type-post","status-publish","format-standard","","category-sahabat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3852","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3852"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3852\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3853,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3852\/revisions\/3853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3852"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3852"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3852"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}