{"id":3934,"date":"2026-09-20T09:54:10","date_gmt":"2026-09-20T07:54:10","guid":{"rendered":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=3934"},"modified":"2026-09-21T11:47:16","modified_gmt":"2026-09-21T09:47:16","slug":"rasulullah-sallallahu-alaihi-wasallam-bersaksi-atas-kejujuran-saidina-abu-zar-radhiyallahu-anhu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=3934","title":{"rendered":"Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam) Bersaksi Atas Kejujuran Saidina Abu Zar \u200e\u200e(radhiyallahu \u2018anhu)\u200e"},"content":{"rendered":"<p dir=\"RTL\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-3937 size-full\" src=\"https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"1080\" srcset=\"https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1.jpg 1080w, https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1-300x300.jpg 300w, https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1-150x150.jpg 150w, https:\/\/ms.alislaam.com\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Malay_130_1-768x768.jpg 768w\" sizes=\"auto, (max-width: 1080px) 100vw, 1080px\" \/><\/p>\n<p class=\"\" dir=\"RTL\" style=\"text-align: center; font-family: 'Traditional Arabic'; font-size: 16pt;\">\u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645: \u0645\u0627 \u0623\u0638\u0644\u062a \u0627\u0644\u062e\u0636\u0631\u0627\u0621 (\u0623\u064a: \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621) \u0648\u0644\u0627 \u0623\u0642\u0644\u062a \u0627\u0644\u063a\u0628\u0631\u0627\u0621 (\u0623\u064a: \u0627\u0644\u0623\u0631\u0636) \u0623\u0635\u062f\u0642 \u0645\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0630\u0631. (\u0633\u0646\u0646 \u0627\u0644\u062a\u0631\u0645\u0630\u064a\u060c \u0627\u0644\u0631\u0642\u0645: \u0663\u0668\u0660\u0661)<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam) bersabda: &#8220;Tidak ada langit yang menaungi (sesiapa pun) dan tidak ada bumi yang menanggung sesiapa pun yang lebih jujur berbanding Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu).&#8221; (Tirmizi #3801)<\/em><\/p>\n<p><strong>Nota:<\/strong> Semua Sahabat (radhiyallahu \u2018anhum) bersifat amat jujur. Walau bagaimanapun, memandangkan kejujuran Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) amat menyerlah berbanding yang lain, beliau telah dikurniakan kedudukan yang tinggi ini oleh Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam).<\/p>\n<p><strong>Keadaan Sebelum Memeluk Islam<\/strong><\/p>\n<p>Sebelum memeluk Islam, Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) merupakan seorang penyamun di jalanan. Beliau sangat berani dan nekad sehinggakan tanpa bantuan penyamun lain, beliau seorang diri merompak dan memintas kafilah (rombongan pedagang). Kadangkala beliau menyerang kafilah dengan menunggang kuda, dan ada kalanya beliau menyerang dengan berjalan kaki. (Siyar A\u2018laam min Nubalaa 3\/373)<\/p>\n<p>Kemudian, beliau meninggalkan tabiat buruk menyamun itu dan mula menyembah Allah Taala sahaja, serta beriman dengan tauhid (keesaan Allah Taala).<\/p>\n<p>Diriwayatkan bahawa tiga tahun sebelum beliau memeluk Islam, beliau sudah menyembah Allah Taala sahaja dan beriman dengan tauhid. (Usdul Ghaabah 1\/343)<\/p>\n<p><strong>Pengislaman Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu)<\/strong><\/p>\n<p>Saidina Abu Zar al-Ghifari (radhiyallahu \u2018anhu) amat terkenal dalam kalangan para Sahabat (radhiyallahu \u2018anhum) kerana sifat zuhud, alim, dan ilmunya.<\/p>\n<p>Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) pernah berkata, &#8220;Abu Zar memegang ilmu yang orang lain tidak mampu untuk mendapatkannya.&#8221;<\/p>\n<p>Apabila beliau mula mendapat berita tentang kenabian Nabi (sallallahu \u2018alaihi wasallam), beliau mengutus saudaranya ke Makkah Mukarramah untuk membuat penyelidikan mengenai &#8216;seseorang&#8217; yang mendakwa dirinya menerima wahyu Ilahi. Beliau mengarahkan saudaranya supaya bertanya tentang keadaan lelaki tersebut serta mendengar pesanannya dengan teliti.<\/p>\n<p>Saudaranya pergi ke Makkah Mukarramah dan pulang setelah membuat penyelidikan yang perlu, lalu memaklumkan bahawa beliau mendapati Muhammad (sallallahu \u2018alaihi wasallam) adalah seorang lelaki yang menyuruh manusia mengamalkan akhlak yang baik dan kelakuan yang terpuji. Saudaranya juga menyatakan bahawa kata-kata wahyu yang luar biasa itu bukanlah puisi dan bukan juga tenungan nujum.<\/p>\n<p>Laporan ini tidak begitu terperinci dan belum memuaskan hatinya, lalu beliau memutuskan untuk berangkat sendiri ke Makkah Mukarramah bagi mencari kepastian. Setibanya di Makkah Mukarramah, beliau terus pergi ke Masjidil Haram. Beliau tidak mengenali Nabi (sallallahu \u2018alaihi wasallam) dan menganggap tidak wajar (pada keadaan yang berlaku ketika itu) untuk bertanya mengenainya kepada sesiapa pun.<\/p>\n<p>Beliau kekal berada di Masjidil Haram hingga ke petang. Apabila hari mula gelap, Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) melihatnya. Memandangkan beliau seorang orang asing dan musafir, Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) tidak sampai hati untuk membiarkannya, kerana sifat memuliakan tetamu, menjaga musafir, fakir miskin, dan orang asing sudah menjadi darah daging para Sahabat. Oleh itu, beliau membawa Saidina Abu Zar ke rumahnya sebagai tetamu. Beliau tidak bertanya tentang tujuan kunjungan Saidina Abu Zar ke Makkah Mukarramah, begitu juga Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) tidak menceritakannya kepada beliau.<\/p>\n<p>Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) terus membawa beliau bermalam di rumahnya, memberi makan, dan menyediakan tempat tidur, tetapi sekali lagi tidak membincangkan tujuan kedatangan tetamunya itu ke kota tersebut. Namun pada malam ketiga, selepas Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) melayan tetamunya seperti dua malam sebelumnya, beliau bertanya, &#8220;Wahai saudaraku, apakah tujuan kedatangan anda ke mari?&#8221;<\/p>\n<p>Sebelum menjelaskan tujuannya, Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) meminta Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) berjanji untuk berkata benar tentang apa sahaja yang ingin beliau tanyakan. Selepas itu, beliau bertanya tentang Muhammad (sallallahu \u2018alaihi wasallam).<\/p>\n<p>Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) menjawab, &#8220;Baginda sememangnya Nabi Allah. Ikutlah aku esok pagi dan aku akan membawa kamu kepada baginda. Terdapat banyak tentangan (terhadap Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam) dan umat Islam, kerana itu aku bimbang jika kamu dilihat bersamaku, kamu akan ditimpa kesusahan). Jika aku melihat sebarang ancaman di pertengahan jalan, aku akan beralih ke tepi jalan dengan berpura-pura hendak membuang air kecil atau membetulkan kasut, dan kamu teruskanlah perjalanan tanpa berhenti supaya orang ramai tidak menyangka kita bersama.&#8221;<\/p>\n<p>Keesokan paginya, beliau mengikut Saidina Ali (radhiyallahu \u2018anhu) yang membawanya mengadap Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam). Pada pertemuan pertama itu juga, beliau terus memeluk Islam.<\/p>\n<p>Kerana bimbang kaum Quraisy akan menyakitinya, Nabi (sallallahu \u2018alaihi wasallam) meminta agar keislamannya dirahsiakan. Baginda juga menyuruhnya pulang ke kaumnya dan kembali semula apabila umat Islam telah jauh lebih kuat dan beroleh kemenangan.<\/p>\n<p>Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) menjawab, &#8220;Wahai Rasulullah! Demi Zat yang jiwa ku di tangan-Nya, aku pasti akan pergi dan melaungkan kalimah ini di tengah-tengah kelompok orang kafir!&#8221;<\/p>\n<p>Menepati kata-katanya, beliau terus pergi ke Masjidil Haram, berdiri di tengah-tengah kesibukan ramai, lalu melaungkan kalimah syahadah dengan suara yang paling kuat:<\/p>\n<p class=\"\" dir=\"RTL\" style=\"text-align: center; font-family: 'Traditional Arabic'; font-size: 16pt;\">\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u0652 \u0644\u064e\u0651\u0627 \u0625\u0650\u0644\u0670\u0647\u064e \u0625\u0650\u0644\u064e\u0651\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0648\u064e\u0623\u064e\u0634\u0652\u0647\u064e\u062f\u064f \u0623\u064e\u0646\u064e\u0651 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u064e\u0651\u062f\u064b\u0627 \u0631\u064e\u0651\u0633\u064f\u0648\u0652\u0644\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u0652<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad (sallallahu \u2018alaihi wasallam) adalah Utusan Allah.)<\/em><\/p>\n<p>Orang ramai menyerangnya dari segenap penjuru dan hampir memukulnya hingga mati, kalaulah tidak kerana Abbas, bapa saudara Nabi (sallallahu \u2018alaihi wasallam) yang pada ketika itu belum memeluk Islam, bertindak melindungi tubuhnya dan menyelamatkannya daripada maut.<\/p>\n<p>Abbas berkata kepada orang ramai, &#8220;Tidakkah kamu tahu siapa dia ini? Dia berasal dari kabilah Ghifar yang tinggal di laluan kafilah perdagangan kita ke Syria. Jika dia dibunuh, mereka akan memintas laluan kita dan kita tidak akan dapat berdagang ke negara tersebut.&#8221;<\/p>\n<p>Orang ramai sedar bahawa perniagaan dengan Syria adalah punca keperluan hidup mereka dipenuhi, dan jika laluan ini ditutup, ia akan mendatangkan kesusahan yang besar kepada mereka. Oleh itu, mereka bersurai dan membiarkannya.<\/p>\n<p>Keesokan harinya, Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) sekali lagi mengulangi laungan syahadah di hadapan orang ramai, dan beliau pasti sudah dipukul hingga mati oleh khalayak ramai jika Abbas tidak sekali lagi campur tangan dan menyelamatkannya buat kali kedua.<\/p>\n<p>Tindakan berani Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) ini didorong oleh rasa cinta yang mendalam untuk melaungkan Kalimah Tauhid di hadapan orang-orang kafir. Nasihat Nabi (sallallahu \u2018alaihi wasallam) yang melarangnya pula adalah atas dasar kasih sayang di dalam hati baginda terhadap Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu); baginda tidak mahu beliau ditimpa kepayahan daripada orang kafir yang mungkin terlalu berat untuk ditanggungnya.<\/p>\n<p>Dalam kisah ini, tiada unsur ketidakpatuhan yang dilakukan oleh Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) terhadap nasihat yang diberikan oleh Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam), memandangkan Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam) sendiri sedang menanggung pelbagai kesusahan demi Allah Taala dalam menyebarkan dakwah Islam. Saidina Abu Zar (radhiyallahu \u2018anhu) berpendapat adalah lebih baik untuk mengikut contoh pengorbanan baginda berbanding mengambil kelonggaran (izin) untuk mengelakkan bahaya.<\/p>\n<p>Semangat seperti inilah yang dimiliki oleh para Sahabat (radhiyallahu \u2018anhum) yang membawa mereka ke puncak kemajuan fizikal dan kerohanian dalam segenap aspek kehidupan. Para Sahabat (radhiyallahu \u2018anhum) adalah golongan yang apabila mereka melafazkan kalimah dan masuk ke dalam naungan Islam, tiada sebarang kuasa di bumi yang mampu memalingkan mereka, dan tiada penindasan atau kezaliman yang dapat menghalang mereka daripada menyebarkan kalimah Allah Taala.<\/p>\n<p>(Fadhail A\u2019maal [Inggeris] hlm. 23-25, [Urdu] hlm. 14-16)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645: \u0645\u0627 \u0623\u0638\u0644\u062a \u0627\u0644\u062e\u0636\u0631\u0627\u0621 (\u0623\u064a: \u0627\u0644\u0633\u0645\u0627\u0621) \u0648\u0644\u0627 \u0623\u0642\u0644\u062a \u0627\u0644\u063a\u0628\u0631\u0627\u0621 (\u0623\u064a: \u0627\u0644\u0623\u0631\u0636) \u0623\u0635\u062f\u0642 \u0645\u0646 \u0623\u0628\u064a \u0630\u0631. (\u0633\u0646\u0646 \u0627\u0644\u062a\u0631\u0645\u0630\u064a\u060c \u0627\u0644\u0631\u0642\u0645: \u0663\u0668\u0660\u0661) Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu \u2018alaihi wasallam) bersabda: &#8220;Tidak ada langit yang menaungi (sesiapa pun) dan tidak ada bumi yang menanggung sesiapa pun yang lebih jujur berbanding Saidina Abu Zar &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":3937,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[23],"tags":[],"class_list":["post-3934","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","","category-sahabat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3934","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=3934"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3934\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3938,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/3934\/revisions\/3938"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/3937"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=3934"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=3934"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=3934"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}