{"id":4046,"date":"2026-11-16T06:30:24","date_gmt":"2026-11-16T04:30:24","guid":{"rendered":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=4046"},"modified":"2026-11-16T06:31:26","modified_gmt":"2026-11-16T04:31:26","slug":"kelebihan-kelebihan-berselawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/ms.alislaam.com\/?p=4046","title":{"rendered":"Kelebihan-Kelebihan Berselawat"},"content":{"rendered":"<p>Hazrat Syaikhul Hadis, Moulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi (rahimahullah), menyebutkan perkara berikut di dalam kitab beliau, Faza&#8217;il-e-Durood:<\/p>\n<p>Hadis-hadis mengenai kelebihan membaca selawat adalah sangat banyak sehinggakan sukar untuk merangkumkan kesemuanya di dalam kitab ini. Hakikatnya, sekalipun tiada satu pun kelebihan yang disebutkan, kita tetap berkewajipan untuk memperbanyakkan selawat kerana jasa dan budi yang telah dicurahkan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) kepada umat ini tidak akan sekali-kali dapat dihitung, apatah lagi untuk dibalas.<\/p>\n<p>Memandangkan hakikat ini, sekalipun seseorang itu sentiasa sibuk dan tekun membaca selawat sepanjang hayatnya, selawatnya itu masih jauh daripada dapat menunaikan hak-hak yang terhutang ke atas dirinya terhadap Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).<\/p>\n<p>Di samping itu, Allah Ta&#8217;ala dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya telah menjanjikan ribuan ganjaran atas usaha untuk menunaikan hak-hak tersebut.<\/p>\n<p>Allamah Sakhawi (rahimahullah) telah menyatakan secara ringkas pelbagai kelebihan yang diperolehi melalui amalan berselawat. Kelebihan-kelebihan tersebut disenaraikan seperti berikut:<\/p>\n<p>* Allah Ta&#8217;ala melimpahkan selawat (rahmat) ke atas orang yang berselawat.<\/p>\n<p>* Para malaikat berselawat (memohon rahmat dan keampunan) ke atas orang yang berselawat.<\/p>\n<p>* Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) sendiri berselawat ke atas orang yang berselawat.<\/p>\n<p>* Selawat menjadi kafarah (penghapus) bagi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.<\/p>\n<p>* Selawat menyucikan amalan-amalan soleh.<\/p>\n<p>* Ia mengangkat darjat orang yang berselawat.<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan dosa-dosanya diampunkan.<\/p>\n<p>* Ia menjamin keampunan buat orang yang berselawat.<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan pembacanya memperolehi ganjaran satu qirat pada timbangan amal kebaikannya, yang mana setiap satu qirat itu lebih berat daripada Gunung Uhud.<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan pembacanya memperolehi piring timbangan yang besar bagi menimbang amal kebaikannya.<\/p>\n<p>* Segala hajat seseorang di dunia dan Akhirat akan ditunaikan sekiranya doanya dipenuhi semata-mata dengan selawat (sebagaimana yang dinyatakan dalam Hadis Sayyidina Ubayy radhiyallahu &#8216;anhu).<\/p>\n<p>* Selawat merupakan asbab untuk menghapuskan sifat-sifat buruk dan kebatilan daripada kehidupan seseorang.<\/p>\n<p>* Selawat memperolehi ganjaran seperti memerdekakan hamba sahaya.<\/p>\n<p>* Selawat menjamin keselamatan daripada segala bahaya.<\/p>\n<p>* Ia membolehkan seseorang mendapat manfaat daripada syafaat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Ia melayakkan seseorang mendapat kelebihan di mana Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjadi syahid (saksi) baginya (iaitu Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memberikan kesaksian dan mengesahkan amalan-amalan kebaikan yang telah dilakukannya).<\/p>\n<p>* Ia menjamin keredaan Allah Ta&#8217;ala.<\/p>\n<p>* Ia menjamin rahmat Allah Ta&#8217;ala.<\/p>\n<p>* Ia memberikan keselamatan daripada kemurkaan Allah Ta&#8217;ala.<\/p>\n<p>* Ia akan menyebabkan pembacanya mendapat naungan di bawah Arasy Allah Ta&#8217;ala pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Ia akan menyebabkan amal kebaikan memberati amal keburukan di atas neraca timbangan.<\/p>\n<p>* Ia menjamin tempat bagi seseorang di sisi telaga al-Kauthar.<\/p>\n<p>* Ia akan menyelamatkan seseorang daripada rasa dahaga pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Ia menjamin keselamatan daripada api Neraka Jahannam.<\/p>\n<p>* Ia akan membantu seseorang melintasi titian Sirat dengan mudah.<\/p>\n<p>* Ia akan menyebabkan seseorang melihat tempat tinggalnya di dalam Syurga sebelum kematiannya.<\/p>\n<p>* Ia akan mengurniakan pasangan yang ramai di dalam Syurga.<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan ganjaran yang lebih besar daripada berjihad sebanyak dua puluh kali.<\/p>\n<p>* Ia merupakan sedekah bagi orang yang tidak mempunyai harta.<\/p>\n<p>* Ia adalah satu bentuk penyucian diri.<\/p>\n<p>* Ia menarik keberkatan dalam harta benda.<\/p>\n<p>* Ia menunaikan seratus hajat malah lebih daripada itu.<\/p>\n<p>* Ia merupakan satu bentuk ibadat.<\/p>\n<p>* Ia merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta&#8217;ala.<\/p>\n<p>* Ia menghiasi dan menyerikan majlis-majlis.<\/p>\n<p>* Ia menghilangkan kefakiran dan kesempitan hidup.<\/p>\n<p>* Segala punca kebaikan dapat dicari melaluinya.<\/p>\n<p>* Ia akan menyebabkan pembacanya berada hampir dengan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Ia menjadi asbab bagi ahli keluarga, anak-anak, dan cucu-cicit pembacanya turut memperolehi manfaat daripadanya.<\/p>\n<p>* Malah individu yang dibacakan selawat bagi pihaknya dan dihadiahkan pahalanya kepada beliau, turut akan menerima ganjarannya dan mendapatinya tercatat di dalam buku amalan beliau.<\/p>\n<p>* Ia merupakan jalan untuk seseorang meraih kedekatan dengan Allah Ta&#8217;ala dan Rasul-Nya (sallallahu alaihi wasallam).<\/p>\n<p>* Ia adalah cahaya (nur).<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan musuh-musuh ditewaskan.<\/p>\n<p>* Ia menyucikan hati daripada sifat kemunafikan dan kerosakan.<\/p>\n<p>* Ia memupuk kasih sayang antara hati-hati manusia.<\/p>\n<p>* Ia menjadi asbab untuk pembacanya bermimpi melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).<\/p>\n<p>* Ia menyebabkan pembacanya terpelihara daripada dosa ghibah (mengumpat).<\/p>\n<p>* Ia tergolong dalam kalangan amalan yang paling diberkati dan mulia yang menuai manfaat besar di dunia dan Akhirat bagi sesiapa yang membacanya, seperti yang berikut:<\/p>\n<p>* Terselamat daripada soal jawab (yang sukar) pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Dikurniakan pelbagai jenis kemuliaan dan penghormatan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>* Dikurniakan keberkatan untuk mendampingi Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) pada Hari Kiamat.<\/p>\n<p>Selepas menyatakan kesemua kelebihan selawat ini secara ringkas, Allamah Sakhawi (rahimahullah) meneruskan perbahasan dengan menghuraikan butiran terperinci mengenai kelebihan-kelebihan tersebut berdasarkan riwayat-riwayat Hadis.<\/p>\n<p>Setelah menyebutkan riwayat-riwayat berkenaan, Allamah Sakhawi (rahimahullah) menyatakan bahawa kesemua riwayat ini merupakan bukti yang jelas tentang kedudukan selawat yang sangat tinggi dan mulia, kerana melalui selawat, Allah Ta&#8217;ala melipatgandakan ganjaran pembacanya, mengampunkan dosa-dosanya, serta mengangkat darjatnya. Oleh itu, seseorang hendaklah memperbanyakkan bacaan selawat ke atas pemimpin bagi sekalian pemimpin dan punca segala kebaikan, iaitu Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Melalui bagindalah kebahagiaan dan nikmat-nikmat dikecapi serta keselamatan diperolehi daripada segala kemudaratan.<\/p>\n<p>Kenyataan Hazrat Uqlisyi (rahimahullah) turut dinukilkan, yang mana beliau berkata:<\/p>\n<p>Perantara apakah yang lebih baik dalam meraih syafaat dan amalan apakah yang lebih bermanfaat berbanding berselawat ke atas insan mulia yang mana Allah Ta&#8217;ala dan para malaikat-Nya turut berselawat ke atas baginda?<\/p>\n<p>Apakah yang lebih baik daripada amalan yang mana Allah Ta&#8217;ala telah menjanjikan kedekatan di dunia dan di Akhirat? Ia adalah cahaya dan suatu perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Memperbanyakkan bacaan selawat sentiasa menjadi amalan lazim orang-orang soleh yang tekun melakukannya siang dan malam. Oleh itu, seseorang hendaklah beristiqamah dengannya sedaya upaya kerana ia akan menyelamatkan seseorang daripada kesesatan, menyucikan amalannya, memenuhi harapannya, dan menerangi hatinya. Tambahan pula, ia menarik keredaan Allah Ta&#8217;ala dan akan menjamin keselamatan pada Hari Kiamat yang paling sukar lagi menggerunkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hazrat Syaikhul Hadis, Moulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi (rahimahullah), menyebutkan perkara berikut di dalam kitab beliau, Faza&#8217;il-e-Durood: Hadis-hadis mengenai kelebihan membaca selawat adalah sangat banyak sehinggakan sukar untuk merangkumkan kesemuanya di dalam kitab ini. Hakikatnya, sekalipun tiada satu pun kelebihan yang disebutkan, kita tetap berkewajipan untuk memperbanyakkan selawat kerana jasa dan budi yang telah dicurahkan oleh &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4048,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[66],"tags":[],"class_list":["post-4046","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","","category-hadiah-selawat-dan-salam"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4046","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=4046"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4046\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4047,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/4046\/revisions\/4047"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4048"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=4046"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=4046"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/ms.alislaam.com\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=4046"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}