
لما حضّ رسول الله صلى الله عليه وسلم الصحابة رضي الله عنهم على الإنفاق تجهيزا للجيش لغزوة تبوك، أنفق سيدنا عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه مائتي أوقية (ثمانية آلاف درهم) في سبيل الله. (من تاريخ ابن عساكر ٢/٢٨)
Ketika Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menyeru para sahabat (radhiallahu anhum) untuk membelanjakan harta untuk mempersiapkan tentera untuk ekspedisi Tabuk, Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) membelanjakan 200 Uqiyah perak (8 000 syiling perak) di jalan Allah Ta’ala. (Taarikh Ibn ‘Asaakir 2/28)
Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) Membelanjakan Harta untuk Ekspedisi Tabuk
Ketika Allah Ta’ala memerintahkan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk berangkat ke ekspedisi Tabuk, ramai sahabat yang tidak memiliki bekalan yang cukup pada masa itu untuk perjalanan yang panjang dan sukar, terutama sekali ketika mereka menjangkakan untuk bertemu dengan tentera Rom dalam pertempuran, yang mana mereka lenkap bersenjata dan berjumlah besar.
Oleh itu, untuk menggerakkan dan mempersiapkan tentera, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menyeru para sahabat (radhiyallahu ‘anhum) untuk membelanjakan harta di jalan Allah Ta’ala. Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menganjurkan mereka untuk membantu mereka yang tidak memiliki bekalan untuk mengambil bahagian dalam ekspedisi dan dia menjanjikan mereka bahawa sebagai gantian bantuan itu, mereka akan menerima pahala yang besar daripada Allah Ta’ala. Dengan cara ini, ramai sahabat yang miskin (radhiyallahu ‘anhum) diberikan kenderaan dan peralatan untuk perjalanan.
Saidina Abdullah bin Abbas (radhiyallahu ‘anhuma) meriwayatkan:
Pada waktu itu, di antara para sahabat yang menyumbang harta paling banyak adalah Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu). Beliau membelanjakan dua ratus Uqiyah perak (lapan ribu syiling perak).
Pada masa itu, Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) berkata, ‘Wahai Rasul Allah (sallallahu ‘alaihi wasallam)! Aku rasa Abdur Rahman (radhiyallahu ‘anhu) tidak meninggalkan apa-apa untuk keluarganya.’
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian bertanya kepada Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu), ‘Adakah kamu meninggalkan apa-apa untuk keluargamu?’
Dia menjawab, ‘Ya, aku meninggalkan untuk mereka lebih banyak daripada apa yang aku telah belanjakan dan apa yang aku tinggalkan untuk mereka adalah lebih baik bagi mereka!’
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian bertanya kepadanya, ‘Berapa banyak yang kamu tinggalkan untuk mereka?’
Beliau menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk mereka janji-janji Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (sallallahu ‘alaihi wasallam) iaitu menerima kebaikan dan rezeki (apabila berkorban untuk agama).’
Daripada kisah ini, kita dapat melihat bahawa Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) dan keluarganya mengorbankan semua harta yang mereka miliki pada ketika itu untuk Allah Ta’ala. (Taarikh Ibn ‘Asaakir 2/28)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya