Penghormatan Mengeluarkan Fatwa semasa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam) Masih Hidup

كان سيدنا عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه من الصحابة الكرام الذين شرفهم الله بالإفتاء على عهد رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلّم (من الإصابة ٤/٢٩١)

Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) adalah di antara para Sahabat yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala dengan penghormatan mengeluarkan fatwa (hukum Islam) semasa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) masih hidup. (Isaabah 4/291)

Kerisauan Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) terhadap Pertanggungjawaban

Naufal bin Iyaas al Huzali (rahimahullah) meriwayatkan:

“Kami selalu duduk bersama Saidina Abdur Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu), dan betapa indahnya beliau sebagai teman. Suatu hari, beliau membawa kami ke rumahnya untuk makan. Ketika kami duduk untuk makan dan pinggan makanan yang berisi daging dan roti disajikan di hadapan kami, beliau mulai menangis.

Kami bertanya kepadanya, “Apakah yang menyebabkan kamu menangis, wahai Abu Muhammad?” Beliau menjawab, “Alasan aku menangis adalah kerana Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) meninggalkan dunia ini dalam keadaan di mana  baginda mahupun keluarga baginda tidak pernah makan roti gandum hingga kenyang (sepanjang hidup baginda). Aku khuatir, jangan-jangan kita telah ditinggalkan (di dunia untuk menikmati nikmat-nikmat ini) dan sebagai gantinya, kita akan kehilangan nikmat-nikmat Akhirat.” (Isaabah 4/292)

Semak juga

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) Berasa Gembira dengan Saidina Abdur ‎Rahman bin Auf (radhiyallahu ‘anhu)‎

حدّد سيدنا عمر رضي الله عنه قبل موته ستة من الصحابة الكرام رضي الله عنهم …