عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من زار قبري بعد موتي كان كمن زارني في حياتي (المعجم الأوسط، الرقم: 287)[1]
Saidina Ibnu Umar (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Orang yang menziarahiku selepas kewafatanku adalah seperti orang yang telah menziarahiku ketika aku masih hidup.”
Menulis Selawat dengan Cara yang Unik
Sheikh Abu Ali, Hasan bin Ali At-Taar (rahimahullah), berkata:
Abu Tahir (rahimahullah) pernah memberiku beberapa lembaran hadis-hadis. Aku melihat di dalamnya bahawa bilamana nama Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) disebutkan, Selawat telah ditulis dengan perkataan berikut:
صلى الله عليه وسلم تسليما كثيراً كثيراًكثيراً
Kemudian aku bertanya Abu Tahir (rahimahullah), “Mengapakah kamu menulis Selawat atas Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) dengan cara begini?”
Beliau menjawab:
Pada masa mudaku, aku selalu menulis hadis-hadis dan aku tidak menulis Selawat bersama dengan nama Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam). Kemudian aku melihat Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi dan aku menyapa baginda, akan tetapi, Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) memalingkan wajahnya daripadaku. Kemudian aku datang kepadanya daripada arah lain dan sekali lagi menyapa baginda, tetapi sekali lagi baginda memalingkan wajahnya daripadaku. Sekali lagi, untuk kali yang ketiga, aku datang kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) daripada sebelah hadapan dan bertanya, “Wahai Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), mengapakah kamu memalingkan wajahmu daripadaku?” Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab,”Ini adalah disebabkan bilamana kamu menulis namaku di dalam kitabmu, kamu tidak berselawat kepadaku.” Semenjak dari itu, sudah menjadi kebiasaanku yang mana bilamana aku menulis nama Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), aku juga akan menulis:
صلى الله عليه وسلم تسليما كثيراً كثيراًكثيراً[2]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] رواه الطبراني والدارقطني والبيهقي وضعفه كذا في الإتحاف وفي المشكوة برواية البيهقي في الشعب بلفظ: من حج فزار قبري بعد موتي كان كمن زارني في حياتي واستدل به الموفق في المغني على استحباب الزيارة (فضائلِ حج صـ 184)
[2] القربة لابن بشكوال صـ 123، القول البديع صـ 493