Abang Ipar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)‎

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) menyebutkan:

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا رآني قال: (أنت) سِلْفي (عديلي) في الدنيا وسِلْفي في الآخرة (الأحاديث المختارة، الرقم: ٨٤٩)

“Apabila Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) melihatku, baginda (kadang-kadang) berkata, ‘(Kamu) adalah abang iparku di dunia dan di akhirat (iaitu di syurga).’” (Al-Ahaadithul Mukhtaarah #849)

Abang Ipar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) telah berkahwin dengan empat orang isteri. Setiap daripada empat orang isterinya adalah saudara perempuan kepada salah satu dari isteri-isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang dihormati. Oleh itu, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepadanya, “(Kamu) adalah abang iparku di dunia dan di akhirat (iaitu di syurga).” (Al-Ahaadithul Mukhtaarah #847)

Allah Ta’ala telah memilih semua isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) untuk menjadi isterinya di dunia, dan Allah Ta’ala juga telah menetapkan bahawa mereka akan menjadi isterinya di akhirat (di dalam syurga). Oleh itu, dalam hadis ini, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menunjukkan bahawa isteri-isteri Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) juga akan menjadi isterinya di akhirat, sehingga menjadikan Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) sebagai abang ipar Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) di dunia dan di syurga.

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) telah berkahwin dengan empat isteri berikut yang merupakan saudara perempuan kepada empat dari Azwaaj-e-Mutahharaat:

  1. Umm Kulthum bint Abi Bakr al Siddiq, yang merupakan saudara perempuan Saidatina Aisyah (radhiyallahu ‘anhuma)
  2. Hamnah bint Jahsh, yang merupakan saudara perempuan Saidatina Zainab binti Jahsh (radhiyallahu ‘anhuma)
  3. Fari’ah bint Abi Sufyan, yang merupakan saudara perempuan Saidatina Ummi Habibah bint Abi Sufyan (radhiyallahu ‘anhuma)
  4. Ruqayyah bint Abi Umayyah, yang merupakan saudara perempuan Saidatina Ummi Salamah binti Abi Umayyah (radhiyallahu ‘anhuma).

(Al-Isaabah 3/432)

Semak juga

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) Berbaiat untuk Mengorbankan Nyawanya untuk ‎‎Allah Ta’ala

Saidina Sa’d bin Ubaadah (radhiyallahu ‘anhu) menyebut: ‎ بايع رسولَ الله صلى الله عليه وسلم …