عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشرا ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مائة ومن صلى علي مائة كتب الله له بين عينيه براءة من النفاق وبراءة من النار وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء (المعجم الصغير للطبراني، الرقم: ٨٩٩، وقال الهيثمي في مجمع الزوائد (الرقم: ١٨٢٩٨): رواه الطبراني في الصغير والأوسط وفيه إبراهيم بن سالم بن شبل الهجيمي ولم أعرفه وبقية رجاله ثقات، وقال المنذري في الترغيب والترهيب (الرقم: 2560): وفي إسناده إبراهيم بن سالم بن شبل الهجعي لا أعرفه بجرح ولا عدالة)
Saidina Anas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka sebagai ganjaran baginya, Allah Ta’ala akan berselawat keatasnya (memberinya pahala dan merahmatinya) sebanyak sepuluh kali, dan sesiapa yang berselawat ke atasku sepuluh kali, Allah Ta’ala akan berselawat keatasnya (memberinya pahala dan merahmatinya) sebanyak seratus kali, dan sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak seratus kali, Allah Ta’ala akan tulis untuknya (satu sijil) kebebasan, di antara matanya, daripada kemunafikkan, dan (satu sijil) kebebasan daripada api neraka, dan Allah Ta’ala akan memuliakannya dengan menjadi daripada kalangan orang orang yang shahid pada hari Qiamat.”
Kisah Wajah Bertukar Warna
Di dalam Ihya’ Ulumuddeen , Imam Ghazali (rahimahullah) menceritakan kisah ini sepertimana yang disampaikan oleh Abdul Wahid bin Zaid Basri (rahimahullah) yang berkata:
Pada suatu hari, aku pergi berjalan untuk mengerjakan haji. Turut serta bersamaku, seorang lelaki yang juga berjalan sebagai temanku. Setiap masa, sama ada berjalan, duduk ataupun berdiri, dia terus menerus berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Kemudian, aku bertanya kepadanya tentang sebab dia membaca selawat yang begitu banyak. Dia menjawab:
Semasa aku mengerjakan hajiku yang pertama, ayahku menemaniku. Semasa pulang, kami sampai ke satu tempat berehat dan telah tidur disana. Semasa kami berada disana, aku telah bermimpi yang mana seseorang sedang memberitahuku, ” Bangun, ayahmu telah meninggal dunia dan wajahnya telah bertukar menjadi hitam.” Aku pun terbangun dalam keadaan yang sangat sedih, dan apabila aku mengalihkan kain daripada wajah ayahku, aku mendapati bahawa ayahku benar-benar telah meninggal dunia dan wajahnya bertukar menjadi hitam. Ini membuatkanku sangat sedih dan diselubungi dengan rasa takut.
Aku tertidur dan bermimpi lagi yang mana empat orang lelaki berwajah hitam hampir menyiksa ayahku dengan batang besi, sedang berdiri di sebelah kepalanya. Pada masa itu, seorang lelaki yang kacak berpakaian dengan dua kain hijau melintas dan menghalau keempat-empat orang tersebut. Kemudian, dia menepuk muka ayahku dengan tangannya dan berkata kepadaku, ” Bangunlah (dan bergembiralah) , kerana Allah Ta’ala telah menukar warna wajah ayahmu. Sekarang, ianya berwarna putih.” Aku berkata kepadanya dalam kegembiraan yang teramat, “Semoga ayah dan ibuku dikorbankan untukmu, siapakah kamu?” Dia menjawab, ” Namaku Muhammad (sallallahu alaihi wasallam). ” Semenjak daripada itu, aku tidak pernah berhenti membaca selawat keatas Nabi (sallallahu alaihi wasallam).[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] إحياء علوم الدين 4/507