عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أكثروا علي من الصلاة في كل يوم جمعة فإن صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم جمعة فمن كان أكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة (شعب الإيمان، الرقم: ٢٧٧٠، وقال الإمام المنذري رحمه الله في الترغيب والترهيب ٢/٣٢٨: رواه البيهقي بإسناد حسن إلا أن مكحولا قيل لم يسمع من أبي أمامة)
Saidina Abu Umamah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Perbanyakkanlah membaca Selawat ke atasku setiap hari Jumaat, kerana sesungguhnya Selawat daripada ummatku akan dipersembahkan di hadapanku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang membaca Selawat paling banyak ke atasku, dia akan menjadi orang yang paling rapat denganku (pada hari Kiamat).”
Selawat datang untuk membantu seseorang saat diperlukan
Syaikh Shibli (rahimahullah) merekodkan kisah yang berikut:
Pada suatu ketika, salah seorang jiranku meninggal dunia. Selepas beberapa ketika, aku melihatnya di dalam mimpi. Aku bertanya kepadanya, “Bagaimana Allah Ta’ala berurusan dengan kamu?” Dia menjawab:
“O Shibli! Aku mengalami penderitaan dan kesusahan yang amat berat, semasa aku dapat menjawab soalan malaikat malaikat dalam kubur! Apabila aku mendapati yang aku tidak dapat bercakap dan menjawab, aku berkata kepada diriku sendiri, “Kenapa aku mengalami kesukaran yang sebegini? Bukankah aku meninggal dunia dengan iman?” Sebaik sahaja fikiran ini melalui pemikiranku, satu suara memanggilku, “Ini adalah seksaan kerana kamu lalai dalam menggunakan lidah kamu di dunia.”
“Selepas itu, apabila kedua dua malaikat itu ingin menyiksaku, seorang lelaki yang paling kacak dan mempunyai bau yang sangat harum keluar darinya mencelah di antaraku dan malaikat dan membantuku untuk memberi jawapan yang betul. Selepas memberi jawapan betul kepada malaikat dan diselamatkan daripada seksaan, aku bertanya kapada lelaki itu, “Siapakah kamu? Semoga Allah Ta’ala merahmati kamu! Lelaki itu menjawab, “Aku adalah seorang lelaki yang telah diciptakan oleh Allah Ta’ala kerana selawat yang banyak yang kamu telah baca keatas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Aku telah dihantar dan diarahkan untuk membantumu saat kesusahan kamu”.[1]
[1] ابن بشكوال كما في القول البديع صـ 265