Orang yang bakhil

عن حسين بن علي بن أبي طالب رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: البخيل الذي من ذكرت عنده فلم ‏يصل علي (سنن الترمذي، الرقم: ۳۵٤٦، وقال هذا حديث حسن صحيح غريب)‏

Diriwayatkan daripada Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib (radhiallahu anhuma) bahawa Saidina Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Orang yang bakhil itu adalah orang yang mendengar namaku dan tidak membaca selawat ke atasku.”

Selawat datang membantu seseorang selepas kematian

Kisah yang berikut telah direkodkan dalam Al-Raudhul Faa’iq. Saidina Sufyaan Thauri (rahimahullah) berkata:

Pada suatu ketika, semasa membuat tawaf, aku melihat seorang lelaki yang juga sedang bertawaf. Sepanjang tawafnya, dia hanya berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), pada setiap langkah, dan dia tidak membaca apa apa tasbih, tahlil dll.

Apabila aku bertanya kepadanya tentang sebab itu, dia menjawab, “Dan siapakah kamu?” Aku menjawab, “Aku Sufyan Thauri.” Lalu dia berkata:

“Jikalau kamu bukan satu-satunya ulama yang berkaliber seperti kamu, aku tidak akan memberitahu sesuatu yang mana ianya adalah rahsiaku. Ayahku dan diriku pergi mengerjakan haji. Dalam perjalanan, ayahku jatuh sakit. Semasa aku sedang merawatnya sedaya upayaku, dia meninggal dunia secara tiba-tiba, dan seluruh wajahnya menjadi hitam. Ianya amat menggelisahkanku dan (mengetahui ini sebagai satu tanda yang buruk,) aku berkata, “Inna Lillah.”

“Lalu aku menutupi mukanya dengan sehelai kain. Tidak lama kemudian, mataku tertutup dan aku tertidur dalam kesedihan ini. Di dalam mimpi, aku melihat seorang lelaki mendekatiku. Aku langsung tidak pernah melihat seseorang sekacak dia. Dia mendekatiku dengan tergesa-gesa, mengalihkan kain daripada wajah ayahku, dan meletakkan tangannya di atas wajah ayahku. Serta merta, wajah ayahku menjadi putih.

“Apabila dia hampir bertolak, aku menahannya dan bertanya, ‘ Semoga Allah merahmatimu. Tolonglah beritahuku akan siapakah kamu, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah merahmati ayahku di saat yang sangat diperlukan disebabkanmu’. Baginda bersabda, ‘ Tidakkah kamu mengenalku? Aku adalah Muhammad (sallallahu alaihi wasallam), anak kepada Abdullah, ahli Quran Karim. Ayahmu merupakan pendosa besar, akan tetapi dia selalu membaca Selawat untukku dengan banyak sekali. Maka apabila kejahatan menimpanya disebabkan dosa-dosanya, aku pun melihat keperluannya yang amat dan lantas membantunya, sepertimana aku lakukan kepada semua orang yang membaca selawat untukku.'”[1]

يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ


[1] الروض الفائق صـ 241

Semak juga

Tujuh Puluh Malaikat mencatat Pahala untuk Seribu Hari

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من …