عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة (سنن الترمذي، الرقم: 484 وحسنه الإمام الترمذي رحمه الله)
Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Orang yang akan menjadi paling rapat denganku pada hari Qiamat adalah orang orang yang membaca selawat paling banyak keatasku (di dunia).”
Membaca Sejumlah Selawat Sebelum Tidur
Sheikh Ibnu Hajar Makki (rahimahullah) menceritakan sebuah kisah berkenaan dengan seorang lelaki soleh yang mewajibkan dirinya sendiri untuk membaca sejumlah Selawat ke atas Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) sebelum tidur. Pada suatu malam, beliau telah melihat Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi. Nabi (sallallahu alaihi wasallam) memasuki rumah dan seluruh rumah menjadi terang dengan cahaya Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam). Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda kepadanya, “Bawakanlah kepadaku mulut yang membaca Selawat kepadaku dan izinkan aku untuk menciumnya.” Kerana disebabkan malu, beliau menghulurkan pipinya dan Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) menciumnya. Apabila beliau terbangun, beliau dapati bahawa seluruh rumahnya berbau wangi dengan wangian kasturi.[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الدر المنضود صـ 187