Dinaikkan Sepuluh Darjat

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحطت عنه عشر خطيئات ورفعت له عشر درجات (سنن النسائي، الرقم: 1297، وسنده حسن كما في المطالب العالية 13/785)

Sayyidina Anas bin Malik (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda,”Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah Taa’la akan menghantar 10 keberkatan kepadanya ,10 dosanya akan dihapuskan dan darjatnya akan diangkat sebanyak 10 Darjat.”

Membaca Selawat ketika berada dalam kesakitan

Sheikh Abdur Raheem bin Abdur Rahman (rahimahullah) berkata:

Pada suatu hari, lenganku telah tercedera kerana jatuh di dalam tandas, dan ia telah membengkak dengan teruk sekali.Pada malam itu, kesakitan tersebut telah membuatkanku sangat tidak selesa.Akhirnya, mataku pun tertutup dan aku tertidur buat seketika.Dalam satu penglihatan, aku telah melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan apa yang aku boleh katakan hanyalah,”Ya Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)”.

Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah menjawab,”Bacaan Selawat yang banyak oleh kamu itu disebabkan kesakitan pada tanganmu telah membuatkanku sangat risau dan membimbangkanku”. Apabila aku bangun, aku mendapati bahawa kesakitan tadi telah berkurang sepenuhnya dan bengkak tersebut telah hilang. (Al Qawlul Badee, 341)

Kisah Maulana Muhammad Zakariyya (rahimahullah)

Di Pakistan, seorang Alim tertentu pernah melihat Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam)di dalam mimpi. Dia bertanya kepada Rasulullah (Sallaallahu alaihi wasallam) tentang siapakah yang paling dicintai oleh Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) daripada seluruh umat pada masa itu.  Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) menjawab ” Shaikhul Hadith Moulana Muhammad Zakariyya Kandhelwi (rahimahullah) adalah yang paling aku cintai.”

Alim kemudian bertanya, “Atas tindakan istimewa manakah Shaikh (rahimahullah) menerima kedudukan ini?”  Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) menjelaskan, “Disebabkan selawat tertentu yang dia selalu baca selama lima puluh tahun yang lalu.”  Alim itu kemudian bertanya kepada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) dalam mimpi berkenaan selawat tersebut.  Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) membaca selawat tersebut.  Apabila Aalim itu tersedar dari mimpi, dia menulis selawat yang dia dengar daripada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) dan meletakkannya di dalam poketnya.

Selepas menunaikan haji, Aalim itu melawat Madinah Tayyibah dan seterusnya bertemu dengan  Shaikh (rahimahullah). Apabila bertemu dengan Hazrat Shaikh (rahimahullah), dia bertanya kepada  Shaikh (rahimahullah) tentang selawat yang mana dia selalu baca selama lima puluh tahun yang lalu. Shaikh (rahimahullah) pada mulanya terganggu oleh orang ini yang ingin mengetahui amalan harian peribadinya. Oleh itu Shaikh (rahimahullah) bertanya kepadanya, “Apakah sebab kamu ingin tahu, dan bagaimana ini membimbangkan kamu?” Aalim itu kemudian mengeluarkan sekeping kertas dari poketnya dan menunjukkannya kepada  Shaikh (rahimahullah). Di dalamnya terdapat selawat berikut yang dia dengar daripada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallamَ):

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا

Ya Allah, limpahkan selawat pilihan-Mu  dan keamanan yang banyak ke atas Muhammad (sallaallahu alaihi wasallam) Nabi yang buta huruf, dan ke atas keluarganya. 

Aalim itu berkata kepada  Shaikh (rahimahullah) dengan berkata, “Mungkin ini adalah selawat yang telah kamu baca selama lima puluh tahun yang lalu.” Shaikh (rahimahullah) terkejut dan bertanya kepada alim itu bagaimana dia mengetahui perkara ini. Selepas itu aalim itu menceritakan mimpi itu kepada Shaikh (rahimahullah)

Apabila  Shaikh (rahimahullah) mendengar mimpi itu, ekspresi mukanya berubah dan dia mula menangis tanpa terkawal kerana kerendahan hati dan kegembiraan.  Selepas menangis untuk beberapa seketika, Shaikh (rahimahullah) menyebut, “Siapakah , diriku dan apakah nilai selawatku? Ini tidak lain hanyalah kebaikan Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) dan kasih sayangnya kepadaku.”

Nota: selawat yang Syaikh (rahimahullah) biasa baca setiap hari Jumaat adalah selawat yang disebutkan dalam Hadis Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu):

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) bersabda “Sesiapa yang menunaikan fardu Asr pada hari jumaat dan selepas itu membaca lapan puluh kali sebelum berdiri dari tempatnya,

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلٰى آلِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا

Wahai Allah, limpahkanlah selawatmu dan keamanan yang banyak keatas Muhammad (sallaallahu alaihi wasallam) Nabi yang buta huruf, dan atas keluarganya.

 Dosa lapan puluh tahun akan diampuni untuknya dan dituliskan untuknya lapan puluh tahun ibadat (sunnat).”

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …