Allah Ta’ala Akan Melayani Seseorang itu Dengan Cara Yang Khusus

عن أبي طلحة الأنصاري رضي الله عنه قال: أصبح رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما طيب النفس يرى في وجهه البشر قالوا: يا رسول الله أصبحت اليوم طيب النفس يرى في وجهك البشر قال: أجل أتاني آت من ربي عز وجل فقال: من صلى عليك من أمتك صلاة كتب الله له بها عشر حسنات ومحا عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات ورد عليه مثلها (مسند أحمد: الرقم: 16352، وفي سنده ضعف كما في القول البديع صـ 247)

Saidina Abu Talhah (radhiallahu anhu) menceritakan: Pada suatu pagi, Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) datang kepada kami dalam keadaan gembira, sehingga kegembiraan dan keceriaan terpancar daripada wajah baginda. Para sahabat (radhiallahu anhum) pun bertanya, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) , kami dapati bahawa kamu sangat gembira pada hari ini. Kegembiraan itu boleh dilihat pada wajahmu dengan jelas sekali.” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, “Ya, seorang utusan telah datang kepadaku daripada Tuhanku dengan pesanan berikut, ‘Barangsiapa di kalangan ummatmu yang membaca selawat kepadamu sekali, Allah Ta’ ala akan menulis baginya 10 kebaikan, menghapuskan dan mengampunkan 10 dosa, mengangkat darjatnya di dalam syurga sebanyak 10 darjat dan membalas selawatnya dengan cara yang sama (Allah Ta’ala akan menghantar 10 rahmat dan keberkatan untuknya). ‘”

Menyibukkan diri dengan selawat dalam waktu bencana

Maulana Hakim Muhammad Akhtar (rahimahullah) menyebutkan yang berikut:

Maulana Ashraf Ali Thaanwi (rahimahullah) telah menyediakan kitaab bernama “Nashrut-Teeb” berkenaan dengan cinta Rasulullah (sallaallahualaihi wasallam).  Keseluruhan buku mengisahkan tentang cinta kepada Rasulullah (sallaallahualaihi wasallam) dan melalui pembacaan buku ini, seseorang dapat mengukur kecintaan yang mendalam kepada Rasulullah (sallaallahualaihi wasallam)di dalam hati penulis.

Semasa Maulana Ashraf Ali Thaanwi (rahimahuAllah) menyibukkan diri dalam kompilasi Nashrut Teeb, Thanabowan (bandar di mana Thaanwi [rahimahuAllah] tinggal) telah ditimpa wabak. Ianya  telah diperhatikan bahawa pada hari Thaanwi (rahimahuAllah) menulis mana-mana bahagian kitaab ini, tidak akan ada laporan orang meninggal dunia akibat wabak.  Walau bagaimanapun, pada hari ketika Thaanwi (rahimahuAllah) tidak menulis mana-mana bahagian kitaab, laporan tentang ramai orang meninggal dunia akan kedengaran.  Apabila laporan ini sampai kepada Thaanwi (rahimahuAllah) melalui orang ramai, dia tidak  meninggalkan menulis kitab ini pada mana-mana hari.  Melalui berkat penulisan tentang kemuliaan besar dan kedudukan terhormat Saidina Rasulullah (sallaallahualaihi wasallam) pada masa itu Allah Ta’ala menyebabkan wabak itu berakhir.

Selepas menyebut kejadian di atas, Moulana Hakeem Muhammad Akhtar (rahimahuAllah) menyimpulkan:

Bacaan selawat yang banyak keatas Rasulullah (sallaallahualaihi wasallam) sangat bermanfaat untuk menolak musibah dan bencana.  Dengan membaca satu selawat, darjat seseorang dinaikkan sepuluh peringkat, sepuluh kebaikan dicatat dalam buku seseorang, dan sepuluh dosa diampunkan. Tambahan pula, melalui bacaan selawat yang banyak, seseorang mencuba untuk memenuhi hak kecintaan yang mana dia berhutang kepada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam).[1]


[1] آداب عشق الرسول صلى الله عليه وسلم صـ 11

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …