Sunnah-sunnah dan Adab-adab Korban

1. Ibadah korban adalah satu ibadat yang sangat agung dan terpuji dalam agama. Di dalam Quran Karim, ibadah korban telah disebut secara khusus, dan kelebihan dan kemuliaannya telah dikukuhkan di dalam Quran Karim dan hadis-hadis Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam). Allah Ta’ala berfirman:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ

Bukanlah daging mahupun darah (binatang) yang sampai kepada Allah Ta’ala, akan tetapi ketaqwaan hati kamulah (keikhlasan dan ketaatan) yang sampai kepadaNya.

عن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال: قال أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله ما هذه الأضاحي قال: سنة أبيكم إبراهيم عليه السلام قالوا: فما لنا فيها يا رسول الله قال: بكل شعرة حسنة قالوا: فالصوف يا رسول الله قال: بكل شعرة من الصوف حسنة (سنن ابن ماجة، الرقم: 3127)

Dari Zaid bin Arqam (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata: Para sahabat Rasulullah (shallallahu ‘alaihi wa sallam) bersabda: “Wahai Rasulullah, apakah kepentingan ibadah korban ini? Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda: “Ianya adalah sunnah bapamu Ibrahim (alaihis salam). Sahabat (radhiallahu anhum) berkata: Apakah ganjaran yang akan kami dapat dengan melakukannya?” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda:” Bagi setiap helai rambut (di atas badan binatang tersebut),kamu akan mendapat ganjaran baik.” Kemudian, sahabat (radhiallahu anhum) bertanya, ” Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam), Bagaimanakah dengan bulu (biri-biri)?” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, ” Untuk setiap serat bulu (di atas binatang tersebut), kamu akan mendapat ganjaran.”

2. Pada hari raya Aidil Adha, amalan yang paling bagus dan disayangi oleh Allah Ta’ala adalah menumpahkan darah (menyembelih binatang).

عن عائشة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم إنه ليأتي يوم القيامة بقرونها وأشعارها وأظلافها وأن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع من الأرض فطيبوا بها نفسا (سنن الترمذي، الرقم: 1493)

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) bersabda, “Tiada amalan yang seorang hamba lakukan pada hari raya Aidil Adha yang lebih disukai dan lebih disayangi oleh Allah Ta’ala daripada penumpahan darah (menyembelih haiwan). Haiwan yang dikorbankan akan datang pada hari Qiamat dengan tanduknya, bulu bulunya dan tapak kakinya. Korbannya akan diterima oleh Allah Ta’ala mahupun sebelum darahnya cecah ke tanah. Oleh sebab itu, lasanakanlah korban dengan gembira (maksudnya dengan keadaan hati kamu redha dan suka untuk melaksanakan hukum Allah Ta’ala.”)

3. Sebelum korban mahupun semasa korban, seseorang itu tidak sepatutnya bertindak zalim kepada binatang ataupun melayaninya dengan buruk dengan apa cara sekalipun. Malah, seseorang itu sepatutnya melayani binatang dengan baik dan kasih sayang.

عن شداد بن أوس رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الله تبارك وتعالى كتب الإحسان على كل شيء فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبح وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته (صحيح مسلم، الرقم: 1955)

Saidina Shaddad bin Aus (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Allah Ta’ala telah menetapkan kebaikan untuk setiap makhluk hidup. Apabila kamu membunuh ( musuh dalam jihad), maka bunuhlah dengan cara yang baik (tidak mencacatkan badan dll.) , dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara yang baik dan asahlah pisaumu dan biarkan binatang itu mati dengan mudah.”

4. Jika seseorang itu mempunyai kemampuan, maka adalah mustahab baginya untuk menyembelih korban nafl bagi pihak Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam), para Sahabat (radhiallahu anhum) dan orang- orang soleh.

عن علي رضي الله عنه أنه كان يضحي بكبشين أحدهما عن النبي صلى الله عليه وسلم والآخر عن نفسه فقيل له فقال: أمرني به يعني النبي صلى الله عليه وسلم فلا أدعه أبدا (سنن الترمذي، الرقم: 1495)

Diriwayatkan mengenai Saidina Ali (radhiallahu anhu) bahawa (setiap tahun, pada masa korban,) dia akan menyembelih dua ekor kambing; seekor bagi pihak Rasulullah(sallallahu alaihi wa sallam) dan seekor lagi bagi pihaknya. Apabila ditanya ( tentang mengapa beliau menyembelih bagi pihak Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) , beliau menjawab, ” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) telah menyuruhku berbuat demikian, jadi aku tidak akan meninggalkan perbuatan ini selagi aku masih hidup.”

‎5.‎ Seseorang hendaklah menyegerakan menunaikan ibadah korban. Menunaikan korban pada hari pertama lebih besar pahalanya daripada hari kedua, dan melaksanakan korban pada hari kedua lebih banyak pahalanya daripada hari ketiga.‎

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: شهدت مع النبي صلى الله عليه وسلم ‏الأضحى بالمصلى فلما قضى خطبشته نزل قضى خطبشته نزل قضى خطبرته سول الله صلى الله ‏عليه وسلم بيده وقال: بسم الله والله أكبر هذا عني وعمن لم يضح من أمتي (سنن ‏الترمذي، الرقم: 1521)

Saidina Jaabir (radhiallahu anhu) meriwayatkan, “Aku bersama Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) di ‎tempat solat raya pada hari raya Eidul Adha. Apabila Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) selesai khutbah, baginda turun dari mimbar (iaitu tempat yang tinggi ‎di mana baginda berdiri untuk menyampaikan khutbah ‎) dan seekor kambing dibawa ke hadapan baginda (untuk qurban). Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) menyembelih kambing dengan tangannya sendiri sambil membaca takbir ‎بسم الله والله أكبر‎ dan bersabda, “Korban ini adalah untuk diriku dan orang-orang dari umatku yang tidak dapat melakukan qurban (yakni aku menyampaikan pahala korban ini untuk orang-orang dari ummatku yang tidak dapat melaksanakan korban).’”‎

‎6. Disunnatkan bagi seseorang untuk tidak memakan apa-apa pada pagi Hari Raya Aidil Adha sehingga dia kembali dari Solat Hari Raya. ‎

عن ابن بريدة عن أبيه رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يخرج يوم الفطر حتى يأكل وكان لا يأكل يوم النحر حتى يرجع (سنن ابن ماجة، الرقم: 1756)‏

Saidina Buraidah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa pada hari raya Aidilfitri, Rasulullah ‎(sallaallahu alaihi wasallam) tidak akan pergi (untuk Solat Aidilfitri) sehingga baginda makan sesuatu. Namun, pada hari raya Aidil Adha, baginda tidak akan makan apa-apa sehingga baginda pulang (dari Solat Hari Raya. Apabila baginda pulang dari ‎Solat Hari Raya, perkara pertama yang baginda makan ialah hati binatang korban).‎

‎7.‎ Semasa pulang dari Solat raya, perkara pertama yang harus dimakan ialah daging binatang korban (kerana ini adalah makanan pertama yang dimakan oleh Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) semasa baginda pulang dari Solat Hari Raya).‎

حدثني عبد الله بن بريدة عن أبيه قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يغدو يوم الفطر حتى يأكل ولا يأكل يوم الأضحى حتى يرجع فيأكل من أضحيته (مسند أحمد، الرقم: 22984 وفي رواية السنن الكبرى للبيهقي، الرقم: 6161: وكان إذا رجع أكل من كبد أضحيته)

Saidina Buraidah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa pada hari raya Aidil Fitri, Rasulullah ‎(sallaallahu alaihi wasallam) tidak akan keluar untuk Solat Hari Raya sehinggalah baginda makan sesuatu. Namun, pada hari raya Aidil Adha, Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) tidak akan makan apa-apa sehinggalah baginda pulang dari Solat Hari Raya. Selepas itu, benda ‎‎(pertama) yang dimakannya ialah daging binatang korban.‎

Dalam riwayat Bayhaqi, diriwayatkan bahawa perkara pertama yang dimakan Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) ialah hati binatang korban.‎

8. Adalah haram bagi seseorang itu untuk berpuasa pada hari ke 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

عن نبيشة الهذلي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر الله (صحيح مسلم، الرقم: 1141 ، مسند أحمد، الرقم: 20722)

Diriwayatkan daripada Saidina Nubaisha (radhiallahu anhu) bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Hari-hari Tashrik adalah hari untuk makan, minum dan mengingati Allah Ta’ala. “

‎9.‎ Seseorang itu haruslah mencuba, mengikut kemampuannya, untuk membeli haiwan yang terbaik untuk dikorbankan. Lebih sihat (iaitu lebih berharga) haiwan itu, lebih banyak pahala yang akan diterima di Akhirat.‎

عن عائشة رضي الله عنها وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أن يضحي اشترى كبشين عظيمين أقرنين أملحين موجوءين فذبح أحدهما عن أمته لمن شهد لله بالتوحيد وشهد له بالبلاغ وذبح الآخر عن محمد وعن آل محمد صلى الله عليه وسلم (سنن ابن ماجة، الرقم: 3122)

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) dan Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) telah melaporkan bahawa ketika Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) berniat untuk membuat ‎korban, beliau membeli dua ekor domba jantan besar, bertanduk, hitam dan putih dan telah dikebiri. Baginda menyembelih seekor untuk seluruh umatnya, ‎untuk orang-orang yang bersaksi tentang tauhid dan bahawa baginda telah menyampaikan (agama kepada ummat) dan dia menyembelih yang seekor lagi untuk dirinya dan keluarga Nabi (sallaallahu alaihi wasallam) (baginda (sallaallahu alaihi wasallam ) menyampaikan pahala yang pertama kepada seluruh umatnya, dan yang kedua kepada keluarganya). ‎

‎10. Disunnahkan untuk menggemukkan binatang untuk korban.‎

قال يحيى بن سعيد: سمعت أبا أمامة بن سهل قال: كنا نسمن الأضحية بالمدينة وكان المسلمون يسمنون (صحيح البخاري، الرقم: 5553)

Saidina Yahya bin Sa’id (rahimahullah) melaporkan bahawa dia mendengar Saidina Abu ‎Umaamah bin Sahl (radhiallahu anhu) berkata, “Kami pernah menggemukkan binatang korban kami di Madinah Tayyibah, dan semua Muslim (yakni Sahabah (radhiallahu anhum) ) pernah melakukan perkara yang sama. ” ‎

‎11.‎ ‎ Jika seseorang itu mampu,maka lebih baik dia menyembelih binatangnya sendiri. Jika ini tidak mungkin, maka sekurang-kurangnya dia harus menyaksikan haiwannya disembelih, dengan syarat hijab juga diambil kira antara lelaki dan perempuan (iaitu percampuran tidak boleh berlaku).‎

عن علي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يا فاطمة قومي فاشهدي أضحيتك فإن لك بأول قطرة تقطر من دمها مغفرة لكل ذنب أما إنه يجاء بلحمها ودمها توضع في ميزانك سبعين ضعفا قال أبو سعيد: يا رسول الله هذا لآل محمد خاصة فإنهم أهل لما خصوا به من الخير أو للمسلمين عامة قال: لآل محمد خاصة وللمسلمين عامة (الترغيب والترهيب، الرقم: 1662)

Saidina Ali (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa pada suatu ketika, Saidina Rasulullah ‎(sallaallahu alaihi wasallam) memberitahu Saidatina Faatimah (radhiallahu anha), “Saksikan binatang korban kamu sedang dikorbankan. Dengan titisan darah pertama yang jatuh, dosamu akan diampuni. Daging dan darahnya akan dimasukkan ke dalam timbangan kebaikan kamu dan digandakan tujuh puluh kali ganda.” Saidina Abu Sa’id ‎(radhiallahu anhu) bertanya kepada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam), “Wahai Rasulullah ‎(sallaallahu alaihi wasallam)! Adakah ganjaran ini hanya dikhaskan untuk keluargamu, kerana mereka berhak mendapat rahmat istimewa atau ganjaran ini untuk semua orang Islam?” Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) menjawab, “Ia telah diwahyukan secara khusus mengenai keluargaku tetapi ia (keutamaan dan pahala)adalah juga untuk umatku secara umum.”

12. Wanita juga boleh menyembelih haiwannya sendiri, dengan syarat dia tidak muncul di hadapan lelaki asing.‎

‎13.‎ ‎ Jangan sembelih haiwan itu dihadapan haiwan yang lain.‎ ‎

14.‎ ‎ Semasa menyembelih, seseorang hendaklah menggunakan pisau yang tajam dan hendaklah menyembelih dengan pantas. Seseorang itu tidak boleh menyusahkan haiwan itu dengan menggunakan pisau tumpul atau menyembelih haiwan itu perlahan-lahan.‎

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بحد الشفار وأن توارى عن البهائم وقال: إذا ذبح أحدكم فليجهز (سنن ابن ماجة، الرقم: 3172 )

Saidina Abdullah bin Umar (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wasallam) memerintahkan agar pisau diasah (sebelum menyembelih binatang), dan supaya penyembelihan itu disembunyikan daripada haiwan yang lain, dan baginda bersabda, “Apabila kamu menyembelih binatang itu, maka sembelihlah. dengan cepat (supaya hanya sidikit sahaja kesakitan yang akan dirasakan oleh haiwan itu).” ‎

15. Jangan mengasah pisau di hadapan binatang tersebut.

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلا أضجع شاة وهو يحد شفرته فقال النبي صلى الله عليه وسلم: أتريد أن تميتها موتات هلا أحددت شفرتك قبل أن تضجعها (المستدرك على الصحيحين للحاكم، الرقم: ۷۵٦۳)

Saidina Ibnu Abbas (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa pada suatu ketika, seseorang telah membaringkan binatangnya untuk disembelih dan sedang mengasah pisaunya (di hadapan binatang itu).  Rasulullah (sallallaahu alaihi wasallam) menegurnya dengan bersabda, “Apakah kamu hendak membunuh binatang ini berkali-kali? Mengapa kamu tidak mengasah pisaumu sebelum kamu membaringkan binatangmu (untuk disembelih)?”

16. Bawalah binatang itu ke tempat penyembelihan dengan cara yang lembut. Janganlah menyeret haiwan itu.

عن ابن سيرين رحمه الله قال: رأى عمر بن الخطاب رجلا يسحب شاة برجلها ليذبحها فقال له: ويلك قدها إلى الموت قودا جميلا (مصنف عبد الرزاق، الرقم: ۸٦٠۵)

Dari Ibn Sirin (rahimahullah) ,beliau berkata: Umar bin Al-Khattab (radhiyallahu anhu) melihat seorang lelaki menyeret kaki seekor kambing untuk menyembelihnya, maka beliau berkata kepadanya: “Celakalah kamu! Biarlah ia mati dengan cara yang baik! “

17. Hendaklah seseorang itu membaringkan binatang itu di sebelah kirinya menghadap ke arah kiblat.

عن أنس رضي الله عنه قال: ضحى رسول الله صلى الله عليه وسلم بكبشين أملحين أقرنين ذبحهما بيده وسمى وكبر ووضع رجله على صفاحهما (صحيح البخاري، الرقم: ۵۵٦۵)

Saidina Anas (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menyembelih dua ekor domba bertanduk, hitam dan putih. Baginda menyembelihnya dengan tangannya baginda sendiri sambil membaca tasmiyah(basmalah) dan takbir dan meletakkan kaki baginda di sisi mereka (iaitu binatang-binatang itu dibaringkan di sebelah kiri supaya haiwan itu menghadap kiblat).”

18. Seseorang tidak boleh mula menguliti haiwan sehingga tiada tanda-tanda kehidupan yang tinggal di badannya.

19. Semasa menyembelih hendaklah membaca Bismillah seperti berikut:

بِسمِ اللهِ اللهُ أكْبَر

Dengan nama Allah, Allah adalah yang Maha besar.

20. Sebelum menyembelih, disunnahkan membaca doa berikut:

إنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ عَلَى مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ‎ ‎إنَّ ‏صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ اللهُمَّ مِنكَ وَ لَكَ

Aku telah berpaling teguh kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi, sedang aku berada di atas agama Ibrahim (alaihis salam) yang lurus dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu baginya, dengan ini aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang Muslimin. Wahai Allah! Pengorbanan ini adalah kerana Engkau menganugerahkan kami kemampuan untuk melakukannya dan ia adalah untuk Mu.

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: ذبح النبى صلى الله عليه وسلم يوم الذبح كبشين أقرنين أملحين ‏موجئين فلما وجههما قال: إنى وجهت وجهى للذي فطر السموات والأرض على ملة إبراهيم حنيفا وما أنا من ‏المشركين إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين اللهم ‏منك ولك عن محمد وأمته باسم الله والله أكبر ثم ذبح (سنن أبي داود، الرقم: ۲۷۹۷)‏

Saidina Jaabir (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa pada hari qurban, Rasulullah (sallallaahu alaihi wasallam) menyembelih dua ekor domba jantan hitam dan putih, bertanduk, dikebiri. Ketika Rasulullah (sallallaahu alaihi wasallam) menurunkan mereka untuk menyembelih mereka, baginda membaca doa berikut:

إنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ عَلَى مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ‎ ‎إنَّ ‏صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ اللهُمَّ مِنكَ وَ ‏لَكَ

21. Diriwayatkan dalam Hadis bahawa sebaik-baik amalan yang dilakukan pada hari raya korban (dari segi ibadat kewangan) ialah pertumpahan darah(menyembelih binatang korban) . Namun, Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) telah menjelaskan bahawa tindakan yang akan mendapat satu pahala yang lebih besar ialah menyambung tali kekeluargaan yang telah terputus. Oleh itu, bersama-sama menjalankan kewajipan korban, kita haruslah memastikan bahawa kita bersatu dan mengekalkan hubungan kekeluargaan.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم في يوم أضحى: ما عمل آدمي في هذا اليوم ‏أفضل من دم يهراق إلا أن يكون رحما مقطوعة توصل (المعجم الكبير للطبراني، الرقم: ۱٠۹٤۸)‏

Saidina Ibnu Abbaas (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda pada hari Aidil Adha, “Tidak ada amalan yang dilakukan seorang hamba pada hari ini yang lebih utama daripada pertumpahan darah (melakukan korban), kecuali orang yang menyatukan tali silaturahim yang telah terputus.”

Semak juga

Azan dan Iqamat – 12

Membalas Iqamah Balas iqamat sama seperti kamu membalas azan. Namun, apabila menjawab “قَدْ قَامَتِ الصَّلاَهْ” …