Para Malaikat Meminta Pengampunan bagi pihak Seseorang ‎

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي في كتاب لم تزل الملائكة تستغفر له ما دام اسمي في ذلك الكتاب (المعجم الأوسط للطبراني، الرقم: 1835، وسنده ضعيف كما في كشف الخفاء، الرقم: 2518)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Barangsiapa yang menghantar selawat keatasku dengan cara menulis selawat di dalam  sebuah kitab, para malaikat akan terus menerus meminta pengampunan untuknya selagimana namaku berada di dalam kitab tersebut.”

Siapakah Si Kedekut

Dilaporkan dalam Sharaful Mustafa bahawa pada suatu ketika, pada waktu sahur, Saidatina Aaishah (radhiallahu ‘anha) , sedang sibuk menjahit sesuatu. Semasa menjahit, beliau kehilangan jarum dan lampu   terpadam. Ketika itulah Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam) telah masuk ke dalam bilik, dan melalui pancaran baginda, seluruh ruangan itu menjadi terang. Oleh itu, beliau dapat mencari jarum itu. Beliau kemudiannya berkata kepada Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam) , “Wahai Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam) ! Sungguh berseri-seri wajahmu!” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, “Celakalah orang yang tidak melihatku pada hari kiamat (iaitu dia tidak melihatku kerana dia akan dihantar ke Jahannam kerana tidak menunaikan hakku)!” Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) bertanya,  “Siapakah orang yang tidak dapat melihatmu?” Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, “Si kedekut”. Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) lalu bertanya, “Siapakah yang bakhil itu?” Rasulullah (sallahu alaihi wa sallam) menjawab, “Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak membaca selawat kepadaku apabila dia mendengar namaku ( dia tidak menghormati Nabinya dan tidak mengikutinya, dan tidak membaca selawat ke atasnya apabila mendengar namanya).”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القول البديع صـــ 313

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …