Mencintai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) lebih daripada diri sendiri

حدثني أبو عقيل زهرة بن معبد أنه سمع جده عبد الله بن هشام قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم وهو آخذ بيد عمر بن الخطاب فقال له عمر: يا رسول الله لأنت أحب إلي من كل شيء إلا من نفسي فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لا والذي نفسي بيده حتى أكون أحب إليك من نفسك فقال له عمر: فإنه الآن والله لأنت أحب إلي من نفسي فقال النبي صلى الله عليه وسلم: الآن يا عمر (صحيح البخاري، الرقم: 6632)

Pada suatu ketika, Saidina Umar (radhiallahu anhu) berkata kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Aku mencintaimu lebih daripada sesiapa, kecuali diriku!” Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepada Saidina Umar (radhiallahu anhu), “Tidak, Demi Zat yang mana nyawaku berada di dalam genggamannya, (kamu tidak akan pernah menjadi seorang mukmin yang sempurna) sehingga kamu mencintaiku lebih daripada diri kamu sendiri.” Selepas itu, Saidina Umar (radhiallahu anhu) berkata, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Sekarang aku mencintaimu lebih dari segala-galanya termasuk diriku sendiri.” Maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Wahai Umar! Sekarang iman kamu telah sempurna.”

Kisah Mulla Jaami (rahimahullah)

Telah diriwayatkan bahawa Mulla Jaami (rahimahullah), telah membuat syair berkenaan cinta kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), dan membuat keputusan untuk pergi mengerjakan haji. Niat seterusnya adalah untuk berdiri di hadapan Raudhah dan membaca syairnya di hadapan Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam).

Selepas menunaikan haji, apabila beliau berniat untuk pergi ke Madinah Munawwarah, Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) muncul di dalam mimpi seorang gabenor Mekkah Mukarramah dan memberitahunya bahawa dia tidak patut membenarkan Mulla Jaami masuk ke Madinah Munawwarah. Gabenor tersebut pun menghalang beliau untuk pergi ke Madinah Munawwarah, akan tetapi cinta dan sayangnya kepada Rasullullah sallallahu alaihi wasallam sangatlah tinggi sehingakan meskipun arahan telah diberikan, beliau bertolak secara rahsia ke Madinah Munawwarah.

Sekali lagi, gabenor tersebut melihat Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi yang mana Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) memberitahunya bahawa Mulla Jaami telah meninggalkan Mekkah Mukarramah, dan dia tidak sepatutnya membenarkan beliau datang ke Madinah Munawwarah.

Pada kali ini, gabenor tersebut menghantar beberapa orang lelaki mencarinya untuk membawanya kembali. Mereka dapat menangkap beliau dan melayannya dengan sangat kasar sekali selepas mereka menangkapnya dan kemudian memasukkannya ke dalam penjara.

Untuk kali yang ketiga, Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) muncul di dalam mimpi sang gabenor, memarahinya dan menasihatinya. Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) berkata kepadanya bahawa Mulla Jaami bukanlah seorang penjenayah (maka, beliau tidak patut dilayan dengan kasar). Akan tetapi, apa yang beliau telah lakukan hanyalah kerana cinta kepada Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam), beliau telah merangkap syair yang mana beliau berniat untuk membacanya di hadapan Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam). Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah berkata kepada gabenor tersebut bahawa jika beliau membacakan syairnya, maka Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) akan menghulurkan tangan baginda untuk bersalaman dengan Mulla Jaami, dan ini akan menyebabkan kekeliruan yang dahsyat kepada orang ramai.

Kemudiannya, gabenor tersebut membebaskan beliau dan melayannya dengan penuh kemuliaan dan kehormatan.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] فضائل درود صـ 197

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …