عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قال: جزى الله عنا محمدا صلى الله عليه وسلم بما هو أهله أتعب سبعين كاتبا ألف صباح (حلية الأولياء 3/206، وفي سنده هاني بن المتوكل وهو ضعيف كما في القول البديع صـ 116)
Saidina Ibnu Abbas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, ” Barangsiapa yang membaca (selawat) yang berikut, dia akan (menyibukkan dan) memenatkan 70 malaikat (untuk mencatat pahala selawat yang dibaca) untuk seribu hari.”
جَزٰى اللهُ عَنَّا مُحَمَّدًا صَلّٰى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ
Semoga Allah Ta’ala memberi ganjaran kepada Muhamad (sallahu alaihi wasallam) bagi pihak kami seperti yang baginda layak (ganjaran yang selayaknya untuk kedudukannya yang tinggi).”
Memperolehi keampunan kerana menulis selawat
Saidina Ibnu Abi Sulaiman (rahimahullah) mengatakan:
Aku melihat ayahku dalam mimpi selepas kematiannya. Aku bertanya, “Bagaimana Allah Ta’ala berurusan dengan ayah?” Dia menjawab, “Allah Ta’ala telah mengampunkanku.” Aku bertanya, “Disebabkan amalan apa Dia mengampunkan mu?” Dia menjawab, “Aku selalu metulis selawat selepas nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di setiap hadith.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الأخلاق الزكية صـ 201