Memperolehi pahala sebanyak satu Qeerat

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صلى علي صلاة كتب الله له قيراطا والقيراط مثل أحد (مصنف عبد الرزاق، الرقم: 153، وسنده ضعيف كما في القول البديع صـ 260)

Saidina Ali Bin Abi Taalib (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawasanya Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda,”Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah Tabaaraka Wata’ala akan mencatatkan baginya pahala sebanyak satu Qeerat, dan satu Qeerat bersamaan dengan gunung Uhud.

Diselamatkan daripada azab disebabkan bacaan selawat yang banyak

Pada satu hari seorang lelaki melihat didalam mimpinya seseorang dalam bentuk yang paling mengerikan. Atas pertanyaan daripada orang itu tentang siapa dia, dia menjawab,”Aku adalah amalan buruk mu.” Lalu orang itu bertanya, “Dan bagaimana aku ingin selamatkan diri aku daripada kau?” dia menjawab, “Dengan pembacaan selawat yang banyak berterusan keatas Muhammad (sallallahu alaih wasallam).”

Satu Jalan Untuk Mendapatkan Keredhaan Allah Ta’ala

Disebutkan bahawa suatu ketika, seorang Aalim yang juga merupakan khalifah (pengganti) Shaikhul Hadith, Moulana Muhammad Zakariyya, (rahimahullah), datang kepada Syaikh Yunus Jonpuri (rahimahullah) dan berkata kepadanya, “Syaikh! Saya merasakan bahawa Allah Ta’ala, murka kepada saya, Tolong tunjukkan kepada saya jalan supaya Allah Ta’ala akan meredhai saya.

Syaikh Yunus Jonpuri (rahimahullah), menjawab, “Siapalah saya. Saya adalah hamba Allah yang paling rendah! Bagaimanakah caranya untuk aku tunjukkan jalan untuk membaiki hubungan kamu dengan Allah Ta’ala?”

Alim tersebut menjawab, “Tolong tunjukkan saya jalan! Tuan sangat memahami hadis-hadis Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam), dan Allah memberkatimu dengan ilmu dan taqwa yang tinggi.”

Syaikh Yunus Jonpuri (rahimahullah) menjawab, “Dari apa yang aku faham, jika kamu membahagiakan seseorang yang sedang berehat di Madinah Munawwarah (menggembirakan Rasullullah (sallaallahu alaihi wasallam), maka Allah Ta’ala akan menyukaimu.”

Orang itu bertanya kepada Shaikh Yunus, (rahimahullah), supaya menjelaskan lebih lanjut akan bagaimana dia dapat membahagiakan Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam). Sheikh Yunus Jonpuri menjelaskan, “Kamu perlu melakukan dua perkara:

1. Perbanyakkan membaca Selawat kepada Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam).

2. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pelbagai sunnah Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) dan mengamalkannya. Walaupun kamu tidak ada keperluan untuk melakukan sesuatu sunnah, tetap amalkan sunnah. Sebagai contoh, kamu tidak perlu minum air, tetapi, dengan sengaja duduklah dan minumlah air, supaya kamu dapat beramal dengan sunnah Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) Insha Allah, dengan mengamalkan kedua-dua perkara ini, Allah Ta’ala akan gembira dengan kamu.

Sebabnya adalah kerana Allah Ta’ala  telah menyebut dalam Al-Quran Majeed:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ‎﴿٣١﴾‏

Katakanlah (wahai Muhammad (sallaallahu alaihi wasallam), “Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku( Rasulullah sallaallahu alaihi wasallam), niscaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu.”

Sebulan kemudian, Alim tersebut datang lagi kepada Syeikh Yunus Jonpuri (rahimahullah), dan mencium tangannya sambil berkata, “Allah kini telah redha dengan saya!”

Syaikh Yunus Jonpuri (rahimahullah) bertanya, “Bagaimana mungkin kamu sekarang tahu bahawa Allah Ta’ala telah redha kepada kamu, dan sebelumnya, bagaimana kamu tahu bahawa Allah Ta’ala  tidak redha denganmu?”

Orang itu menjawab, “Sebelum ini, saya tidak mendapat motivasi dan semangat untuk melakukan solat, dan tidak mendapat keseronokan ketika berzikir. Hati saya tidak  cenderung kepada zikir dan hati saya akan kekal dalam keadaan gelisah. Sekarang, oleh kerana Allah Ta’ala telah gembira dengan saya, saya dapati bahawa semangat dan motivasi  telah menarik saya ke arah solat dan saya merasakan kenikmatan ketika berzikir .Begitu juga, tanda yang sangat hebat dan gembira yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala  telah gembira dengan saya adalah  beberapa hari yang lalu , saya telah melihat  Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) dalam mimpi, dan baginda berkata kepada saya, “Aku sekarang redha denganmu.”[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] ماهنامه اشرف الجرائد جون 2023 صـــــ 46

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …