عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى علي مرة واحدة كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات (مسند أحمد، الرقم: 7561، ورجاله رجال الصحيح غير ربعي بن إبراهيم وهو ثقة مأمون كما في مجمع الزوائد، الرقم: 17282)
Sayyiduna Abu Hurairah (radhiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bersabda, “Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali , maka Allah Ta’ala akan menulis baginya 10 ganjaran pahala (didalam buku amalannya)
Selamat kerana banyaknya bacaan selawat
Seseorang pernah melihat Abu Hafs Al-Kaaghazi (rahimahullah), seorang lelaki yang sangat soleh di dalam mimpi selepas kematiannya.Melihat Abu Hafs (rahimahullah), dia pun bertanya,”Bagaimana Allah Ta’ala telah melayanimu?” Abu Hafs (rahimahullah) menjawab, “Allah Ta’ala telah merahmatiku , mengampunkanku dan memasukkanku ke dalam syurga”.Apabila Abu Hafs (rahimahullah) telah ditanya berkenaan dengan sebab dia diberi kehormatan dan diberkati dengan cara ini, dia pun berkata,”Apabila aku berdiri di hadapan Allah Ta’ala, Dia telah menyuruh para malaikat untuk memulakan perhitungan amalku. Maka mereka pun menghitung dosa-dosaku dan selawatku ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, dan mereka menjumpai bahawa selawatku ke atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah melebihi dosa-dosaku. Kemudian, Allah Ta’ala berkata kepada para malaikat tersebut,”Wahai para malaikatku! Ini sudah cukup! Jangan berinya balasan bagi dosa-dosanya dan masukkannya ke dalam syurgaKu”[1]
Berita Gembira untuk Durood Dibacakan
Sheikh Muhammad bin Malik (rahimahullah) berkata:
Saya pergi ke Baghdaad untuk menuntut ilmu daripada Qaari Abu Bakar bin Mujaahid (rahimahullah). Semasa kami duduk dalam bulatan mengelilinginya dan mengaji, masuklah seorang lelaki tua dengan serban lama di kepala, memakai baju lusuh dan selendang lama di atas bahu. Apabila Qaari Abu Bakar (rahimahullah) melihat dia masuk, dia pun bangun untuk menghormati dan memuliakanya. Dia bangkit dari tempat duduknya, mendudukkan lelaki tua itu di tempatnya dan bertanya tentang kesihatannya dan kesejahteraan keluarganya.
Orang tua itu menjawab, “Malam tadi, seorang anak lelaki telah dilahirkan untukku, dan isteriku meminta mentega dan madu, tetapi aku tidak mempunyai harta untuk membelinya.” Setelah mendengar apa yang dilalui oleh lelaki itu dalam kemiskinan, Syeikh menjadi sangat sedih, dan dalam keadaan ini, matanya terpejam dan dia melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) dalam mimpi.
Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) bersabda, “Abu Bakar! Mengapa dengan kesedihan dan kepiluan ini? Pergilah kepada menteri, Ali bin Isa, dan sampaikan salamku kepadanya, dan katakan kepadanya, ‘Engkau adalah seorang yang tidak akan tidur pada malam Jumaat sehingga engkau membaca seribu selawat, akan tetapi pada
Jumaat ini, kamu hanya membaca tujuh ratus selawat kerana utusan raja mencelah bacaan kamu ketika mana dia datang memanggil kamu ke hadapan baginda raja. Kamu pergi ke sana, dan apabila kembali, kamu menghabiskan seluruh selawat kamu. Setelah memberitahunya, suruh dia memberikan seratus dinar (syiling emas) kepada bapa anak yang baru dilahirkan itu untuk keperluannya.”
Qaari Abu Bakar bin Mujahid (rahimahullah) segera bangkit dan membawa lelaki tua itu bersamanya ke menteri tersebut. Apabila menteri itu mendengar ini, dia bangkit dari tempat duduknya dan menyuruh orang tua itu duduk di situ. Qaari Abu Bakar bin Mujahid (rahimahullah) kemudian menceritakan kepadanya seluruh kejadian tersebut.
Sang menteri menjadi sangat gembira dan penuh dengan kegembiraan. Dia memerintahkan hambanya untuk membawa saku wang itu, dan dari saku itu, dia menyerahkan seratus dinar kepada orang tua itu. Dia mengambil seratus dinaa lagi untuk memberinya kepada Qaari Abu Bakar bin Mujaahid (rahimahullah) tetapi dia enggan menerimanya. Menteri itu itu berkeras dengan berkata, “Ambillah wang ini kerana berita gembira yang kamu bawa kepadaku. Ini adalah amalan antara Allah Ta’ala dan diriku yang mana kamu telah membawa berita gembira kepadaku. Tidak ada orang lain yang mengetahuinya. Ini, ambillah lagi 100. Ini adalah untuk berita gembira yang telah kamu sampaikan kepadaku.
Dengan cara ini, dia mengeluarkan seratus demi seratus, sehingga seribu dinar telah diberikan. Namun, Qaari Abu Bakar (rahimahullah) enggan mengambilnya dengan berkata, “Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) hanya memerintahkanku untuk mengambil seratus dinar sahaja, oleh itu, kami tidak boleh mengambil lebih daripada itu.”[2]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] ابن بشكوال كما في القول البديع صـ 259
[2] القول البديع صـ 340