‎ keampunan dosa dosa (kecil) yang akan berlaku dan yang telah berlaku ‎

عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ما من عبدين متحابين في الله يستقبل أحدهما صاحبه فيصافحه ويصليان على النبي صلى الله عليه وسلم إلا لم يفترقا حتى تغفر ذنوبهما ما تقدم منهما وما تأخر (مسند أبي يعلى الموصلي، الرقم: 2960، وفيه درست بن حمزة وهو ضعيف كما في مجمع الزوائد، الرقم: 17987)

Saidina Anas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Apabila dua muslim yang menyayangi satu sama lain (kerana Allah Ta’ala) bertemu satu sama lain dan berselawat keatas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), maka sebelum mereka berpisah dari satu sama lain, dosa dosa (kecil) mereka yang akan berlaku dan yang telah berlaku diampunkan.”

Selawat Dibacakan sebagai Isolus thawaab (Hantaran Pahala)

Suatu hari, seorang wanita datang kepada Hasan Basri (rahimahullah) dan berkata kepadanya, “Wahai Imam, anak perempuanku telah meninggal dunia dan aku ingin melihatnya di dalam mimpi. (Adakah ada cara untukku melihatnya?)”

Hasan Basri (rahimahullah) berkata, “Setelah selesai solat Isyak, lakukanlah empat rakaat solat, pada setiap rakaat, bacalah Surah Faatihah dan Surah Takaathur. Selepas itu, semasa kamu berbaring, terus meneruslah berselawat kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) sehingga kamu tertidur.

Wanita itu melakukan seperti yang dinasihatkan kepadanya, dan pada malam itu juga, dia melihat anak perempuannya dalam mimpi. Dia melihat anaknya mengalami penyeksaan kerana dosa-dosa yang dilakukannya. Dia dilitupi dengan tar, tangannya diikat, dan kakinya diikat dengan rantai berapi yang panas dan menyala. Wanita itu sangat tertekan dan sedih melihat anak perempuannya dalam keadaan ini. Apabila dia bangun keesokan paginya, dia bergegas ke Hasan Basri (rahimahullah) dan dalam kesusahan yang amat, memberitahunya apa yang dilihatnya. Beliau berkata kepadanya, “Bersedekahlah untuknya. Mungkin Allah Ta’ala akan mengampuninya melalui sedekahmu.”

Keesokan harinya, Hasan Basri (rahimahullah) melihat gadis itu dalam mimpi. Dia melihatnya di taman yang indah ketika mana gadis itu sedang duduk di atas takhta dengan mahkota kehormatan di kepalanya. Beliau bertanya kepadanya, “Siapakah kamu?” Dia menjawab, “Wahai Hasan, apakah kamu tidak mengenaliku?” Beliau menjawab dengan negatif. Dia kemudian berkata, “Saya adalah anak seorang perempuan yang telah bercakap dengan kamu.” Hasan Basri (rahimahullah) menjawab, “Bagaimana mungkin aku melihatmu dalam keadaan senang dan selesa, sedangkan ibumu memberitahuku tentang keadaanmu yang menyedihkan?”

Gadis itu menjawab, “Semua yang diceritakan oleh ibuku itu adalah benar. Sudah tentu, itu adalah keadaanku dahulu, dan sepertiku, terdapat tujuh puluh ribu orang yang mengalami azab yang sama. Namun, kami semua telah diampunkan oleh Allah Ta’ala kerana selawat seorang wali. Wali tersebut, semasa melalui kubur‎ kami, telah membaca selawat kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) sebanyak sekali dan menghantar pahala selawat tersebut kepada penghuni kubur. Selawat tersebut amat dicintai dan dihargai oleh Allah Ta’ala sehingga Dia telah membebaskan kami semua dari azab dan seksa kubur. Kerana berkat selawat wali itulah kamu dapati aku dalam keadaan begini.”

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …