Pembantu Khas Rasulullah (sallallahu ‎‎‘alaihi wasallam) ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:

إن لكل نبي حواريا (ناصرا خاصّا) وإن حواريي الزبير بن العوام (صحيح البخاري، الرقم: ٣٧١٩)

“Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai pembantu yang istimewa, dan sesungguhnya pembantuku yang istimewa adalah Zubair bin Awwaam”. (Sahih Bukhari #3719)‎

Mendapat gelaran ‘Penolong Khas’ Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)

Pada peristiwa Perang Ahzaab, juga dikenali sebagai Perang Khandaq (Perang Parit), umat Islam menerima maklumat bahawa Bani Quraizah telah melanggar ikrar taat setia mereka kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) dan telah bergabung dengan musuh. Untuk mengesahkan maklumat tersebut, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bertanya kepada para Sahabat (radhiyallahu ‘anhum), “Siapakah yang akan membawakan kepadaku maklumat tentang orang-orang ini (Banu Quraizah)?” Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) segera bertindak balas dengan menawarkan diri untuk pergi sebagai pengintip dan membawa maklumat Bani Quraizah kepada ‎Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).‎

Setelah beberapa lama, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bertanya lagi, “Siapakah yang akan membawakan kepadaku maklumat tentang orang-orang ini (Banu Quraizah)?” Sekali lagi, Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) menawarkan diri untuk pergi. Akhirnya, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bertanya untuk ketiga kalinya, “Siapakah yang akan membawakan kepadaku maklumat tentang orang-orang ini (Banu Quraizah)?” Pada kesempatan ini juga, Saidina Zubair ‎‎(radhiyallahu ‘anhu) menawarkan diri untuk pergi. Pada waktu inilah Rasulullah (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam) sangat gembira dan suka dengan Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) dan bersabda, ‎‎“Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai penolong yang istimewa, dan penolongku yang istimewa ialah Saidina Zubair bin ‘Awwaam ‎(radhiyallahu ‘anhu).”‎

(Siyar A’laam min Nubalaa 3/30, Saheeh Bukhaari #3719, Saheeh Muslim #2415, Sunan Tirmizi #3745, Fat-hul ‎Baari 6/63, 7/100)‎

Semak juga

Jiran Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) ‎di Syurga

Mengenai Saidina Talhah dan Saidina Zubair (radhiyallahu ‎‎‘anhuma), Saidina ‘Ali (radhiyallahu ‘anhu) berkata: سمعت أذني …