Kesedihan Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) atas Pembunuhan Saidina ‎‎‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu)

بعدما قتل البغاةُ سيدنا عثمان رضي الله عنه في المدينة المنورة، خاطب سيدنا سعيد بن زيد -وكان في الكوفة – الناس في مسجد الكوفة فقكان مما قال لهم: لو أن أحدا ارفض (استطاع أن تتفرق أجزاؤه) للذي صنعتم بعثمان (من ظلمه وقتله) لكان (لارفض) (صحيح البخاري، الرقم: ٣٨٦٢)

Selepas Saidina ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu) dibunuh oleh kumpulan pemberontak di Madinah Munawwarah, Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) yang ketika itu berada di Kufah, telah menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai di Masjid Kufah. Dalam nada yang penuh kesedihan, beliau berkata:

“Apa yang telah dilakukan oleh orang ramai terhadap ‘Uthman (iaitu kezaliman dan pembunuhan ke atasnya) adalah suatu perkara yang sangat dahsyat, sehinggakan jika Gunung Uhud boleh runtuh ranap kerana menzahirkan rasa dukacitanya, nescaya gunung itu akan runtuh.” (Sahih Bukhari #3862)

Penghormatan Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) terhadap Saidina ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu)

Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika, seorang lelaki telah datang menemui Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) dan berkata, “Aku memiliki perasaan cinta yang sangat besar terhadap Ali (radhiyallahu ‘anhu) di dalam hatiku, sehinggakan aku tidak mencintai perkara lain melebihi cintaku kepadanya.”

Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) memuji lelaki tersebut atas rasa cinta dan hormatnya kepada Saidina Ali (radhiyallahu ‘anhu) dengan berkata, “Itu sangat bagus! Kamu memiliki cinta di dalam hati buat seorang insan yang merupakan ahli Syurga (kerana Saidina Ali {radhiyallahu anhu} telah dikurniakan khabar gembira sebagai ahli Syurga oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ketika beliau masih hidup di dunia).”

Namun, lelaki itu kemudiannya berkata, “Aku juga mempunyai perasaan benci yang amat sangat di dalam hatiku terhadap ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu), sehinggakan aku tidak membenci perkara lain melebihi benciku kepadanya.”

Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) terus menegurnya dan berkata, “Kamu telah melakukan perkara yang buruk dan salah dengan membenci ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu)! Ketahuilah dengan jelas bahawa kamu menyimpan kebencian di dalam hati terhadap seorang insan yang merupakan ahli Syurga (kerana Saidina ‘Uthman {rahiyallahu anhu} juga telah dikurniakan khabar gembira sebagai ahli Syurga oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ketika beliau masih hidup di dunia).”

Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu) kemudiannya menceritakan sebuah hadis Rasulullah ‎(sallallahu alaihi wasallam)‎ dengan berkata:

“Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah mendaki Gunung Hira’ bersama-sama dengan Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman, Ali, Talhah, dan Zubair (radhiyallahu ‘anhum). Tiba-tiba gunung tersebut mula bergetar dan bergoncang (kerana teruja oleh kerana insan-insan yang agung ini sedang berdiri di atasnya).

Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) lalu berkata kepada gunung tersebut, ‘Bertenanglah wahai Hira’, kerana sesungguhnya di atasmu tidak lain tidak bukan melainkan seorang Nabi, seorang Siddeeq (pencinta kebenaran), dan seorang Syaheed (syahid).'”

Semak juga

Saidina Sa’eed bin Zaid (radhiyallahu ‘anhu): Tabah Menghadapi Kesulitan Demi ‎Islam

خاطب سيدنا سعيد بن زيد رضي الله عنه الناس يوما فقال: لو رأيتني موثقي عمر …