Pelbagai Permasalahan Berkaitan Selawat – 2‎

  1. Semasa khutbah dibacakan, apabila nama mulia Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) disebutkan, seseorang itu dibenarkan untuk mengucapkan selawat secara lisan.
  2. Adalah harus untuk membaca selawat walaupun seseorang itu tidak berwuduk atau berada dalam keadaan berhadas (seperti haid, nifas, janabah, dan sebagainya). Walau bagaimanapun, membaca selawat dalam keadaan berwuduk adalah lebih banyak ganjarannya.
  3. Selain daripada para Anbiya (‘alaihimussalam) dan para malaikat, selawat tidak sepatutnya dibacakan secara berasingan (khusus) kepada sesiapa pun. Walau bagaimanapun, sekiranya selawat dibacakan kepada mana-mana individu selepas membaca selawat ke atas para Anbiya (‘alaihimussalam) dan para malaikat, maka ia adalah harus. Sebagai contoh, seseorang tidak sepatutnya mengucapkan:

اَﻟﻠّٰﻬُﻢﱠ ﺻَﻞﱢ ﻋَﻠٰﻰ ﺁلِ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ

Ya Allah! Pencarkanlah rahmat-Mu yang khusus ke atas keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam)!

Sebaliknya, hendaklah dia mengucapkan:

اَﻟﻠّٰﻬُﻢﱠ ﺻَﻞﱢ ﻋَﻠٰﻰ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ وﱠﻋَﻠٰﻰ ﺁلِ ﻣُﺤَﻤﱠﺪٍ

Ya Allah! Pencarkanlah rahmat-Mu yang khusus ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan ke atas keluarga Muhammad (sallallahu alaihi wasallam)!

  1. Adalah dilarang untuk membaca selawat bagi tujuan keduniaan, contohnya untuk melariskan barang dagangan di hadapan pelanggan.
  2. Apabila nama mulia Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ditulis, selawat dan salam hendaklah turut ditulis secara penuh. Seseorang tidak sepatutnya menyingkatkan selawat dan salam dengan menulis s.a.w, PBUH, atau dalam bahasa Arab, صلعم. Perbuatan ini dianggap sebagai tidak beradab.

Maulana Ashraf Ali Thanwi (rahimahullah) telah menulis dalam kitabnya, Zad al-Sa’id, bahawa terdapat seorang individu yang tidak menulis selawat selepas menulis nama mulia Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Individu ini tidak menulis selawat disebabkan sifat bakhil kerana cuba menjimatkan kertas. Akibatnya, tangan kanannya telah mengalami penyakit sehinggakan dia tidak dapat menggunakan tangan tersebut.

Maulana Ashraf Ali Thanwi (rahimahullah) juga telah menyebutkan bahawa Syaikh Ibn Hajar Makki (rahimahullah) menyatakan bahawa seorang lelaki hanya menulis صلى الله عليه tanpa menulis وسلم. Pada suatu ketika, dia telah bermimpi melihat Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepadanya, “Mengapakah engkau menghalang dirimu daripada mendapat empat puluh kebaikan dengan tidak menulis salam?” Dalam perkataan وسلم, terdapat empat huruf, dan setiap huruf mendatangkan sepuluh kebaikan. Justeru, membaca atau menulis perkataan وسلم akan menderma empat puluh kebaikan kepada seseorang.

Semak juga

Kewajipan Mempunyai Pegangan dan Keyakinan yang Teguh

Kewajipan yang kedua adalah untuk kita mempunyai pegangan yang teguh terhadap Sayyidina Rasulullah (sallallahu alaihi …