عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: أيما رجل مسلم لم تكن عنده صدقة فليقل في دعائه: اللهم صل على محمد عبدك ورسولك وصل على المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات فإنها زكاة وقال: لا يشبع مؤمن خيرا حتى يكون منتهاه الجنة (صحيح ابن حبان، الرقم: 903، وإسناده حسن كما في مجمع الزوائد، الرقم: ١٧٢٣١)
Saidina Abu Sa’eed Khudri (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Mana-mana orang Islam yang tidak mempunyai apa-apa untuk bersedekah, maka dia hendaklah membaca selawat yang berikut dalam doanya kerana ianya akan menjadi satu sebab untuknya memperolehi pahala bersedekah dan ianya akan menyucikannya daripada dosa-dosanya.”
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ وَصَلِّ عَلٰى الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
Wahai Allah! Hantarkanlah Selawat kepada (rahmatilah) Muhammad (sallallahu alaihi wasallam), hamba dan RasulMu, dan rahmatilah semua mu’minin dan muslimin lelaki dan perempuan.
Selepas itu Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Seorang yang beriman akan terus membuat kebaikan dan dia tidak akan berpuashati dengan amalan baik yang dia lakukan sehingga akhirnya dia (meninggal dunia dalam keadaan beriman dan) sampai ke syurga.
Kekal dalam kalangan orang orang yang membaca Selawat
Padu satu ketika Saidina S’ad Zanjaani (rahimahullah) menceritakan perkara yang berikut:
Ada seorang zuhud yang tinggal bersama kami di Mesir. Nama dia adalah Abu Sa’eed Al khayyat (rahimahullah). Dia tidak akan bergaul mahupun bersosial dengan orang ramai, dia juga tidak akan menyertai mana-mana majlis yang akan diadakan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa masa, dia mula selalu menghadiri majlis Ibnu Rasheeq (rahimahullah). Apabila orang ramai perasan perkara tersebut, mereka terkejut dan bertanya kepadanya kenapa dia selalu menghadiri majlis Ibnu Rasheeq (rahimahullah). Abu Sa’eed Al-Khayyat menjawab, “Aku nampak Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi dan baginda berkata kepadaku, “Hadirilah majlis Ibnu Rasheeq (rahimahullah), kerana dia berselawat keatasku dengan banyak.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الترغيب للتيمي كما في القول البديع صـ 131