عن البراء بن عازب رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى علي كتب الله عز وجل له بها عشر حسنات ومحا عنه بها عشر سيئات ورفعه بها عشر درجات وكن به عدل عتق عشر رقاب (الصلاة على النبي لابن أبي عاصم، الرقم: 52، وقد ذكره المنذري في الترغيب والترهيب بلفظة “عن”، إشارة إلى كونه صحيحا أو حسنا أو ما قاربهما عنده كما بين أصله في مقدمة كتابه 1/50)
Sayyidina Baraa bin Aazib (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda, “Barangsiapa yang membaca Selawat keatasku sebanyak sekali, maka sebagai gantian Selawat itu, Allah Taa’la akan menulis baginya sepuluh amalan baik , Dia akan menghapus daripadanya sepuluh dosa, Dia akan menaikkannya sebanyak 10 darjat, dan Selawat itu akan menjadi sebab untuknya mendapat ganjaran memerdekakan sepuluh orang hamba.”
Pengalaman Shaikh Abul Khair Aqtaa (rahimahullah)
Shaikh Abul Khair Aqtaa (rahimahullah) berkata:
Apabila aku datang ke Madinah Tayyibah dan meluangkan masa selama 5 hari di sana, aku telah mengalami kemiskinan dan kepayahan. Kemudian, aku telah pergi ke makam Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan telah memberi salam kepada baginda (sallallahu alaihi wasallam), dan juga makam Sayyidina Abu Bakr dan Umar (radhiyallahu anhuma). Kemudian, aku berkata kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), ” Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), pada hari ini, aku ingin menjadi tetamumu.” Kemudiannya, aku meninggalkan tempat tersebut dan tidur di belakang mimbar. Di dalam mimpi, aku telah melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersama Sayyidina Abu Bakr (radhiyallahu anhu) di sebelah kanannya , Sayyidina Umar (radhiyallahu anhu) di sebelah kirinya dan Sayyidina Ali (radhiyallahu anhu) di hadapan baginda (sallallahu alaihi wasallam). Sayyidina Ali (radhiyallahu anhu) datang kepadaku dan berkata, ” Bangunlah, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) datang”. Aku pun bangun dengan lekas daripada tempat berehatku dan mencium Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di antara kedua mata baginda (sallallahu alaihi wasallam). Baginda (sallallahu alaihi wasallam) telah memberiku sedikit roti yang mana aku telah makan separuhnya dan simpan separuh yang lain. Apabila aku bangun daripada mimpi, separuh roti tadi masih lagi berada di tanganku.
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ