عن مغيث بن سمي رحمه الله أنه قال: كان للزبير بن العوام رضي الله عنه ألف مملوك يؤدي إليه الخراج (ما يكتسبون)، فلا يدخل بيته من خراجهم شيئا (بل يتصدّق بجميعه) (السنن الكبرى، الرقم: 15787)
Mughith bin Sumayy (rahimahullah) berkata, “Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) memiliki seribu hamba yang akan berkerja dan memberikan pendapatan mereka kepada Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu). Tidak ada satu dirham pun dari pendapatan mereka akan masuk ke rumahnya (iaitu dia akan membelanjakan semua wang yang diperolehnya dari hambanya).” (As-sunanul Kubra Lil Baihaqi #15787)
Kedermawanan Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu)
Hisham bin ‘Urwah menyebut bahawa tujuh Sahabat (radhiyallahu ‘anhum) telah melantik Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) untuk menjadi pelaksana bagi harta pusaka mereka selepas kematian mereka. Di antara Sahabat (radhiyallahu ‘anhum,) ini ialah Saidina ‘Uthman (radhiyallahu ‘anhu), Saidina ‘Abdur Rahmaan bin ‘Auf (radhiyallahu ‘anhu), Saidina Miqdaad (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina ‘Abdullah bin Mas‘ood (radhiyallahu ‘anhu). Selepas kematian mereka, Saidina Zubair (radhiyallahu ‘anhu) menjaga harta mereka untuk anak-anak mereka yang masih kecil dan beliau akan membelanjakan untuk mereka dari harta peribadinya sendiri. (Usdul Ghaabah 2/211)