
عن عيسى بن عميلة رحمه الله أنه قال: أخبرني من رأى أبا ذر يحلب غنيمة له، فيبدأ بجيرانه وأضيافه قبل نفسه. (سير أعلام النبلاء ٣/٣٩٩)
‘Isa bin ‘Umailah (rahimahullah) meriwayatkan daripada seorang lelaki yang telah menyaksikan sendiri akhlak Sayyidina Abu Dzar (radhiyallahu ‘anhu) terhadap jiran-jiran dan tetamunya. Beliau menceritakan:
“Setiap kali Abu Dzar memerah susu kambingnya, beliau akan memberi minum kepada jiran-jiran dan tetamunya terlebih dahulu, dan selepas itu barulah beliau sendiri meminum susu tersebut.” (Siyar A’lam an-Nubala 3/399)
Sayyidina Abu Dzar (radhiyallahu ‘anhu) Memuliakan Tetamu
‘Isa bin ‘Umailah (rahimahullah) meriwayatkan daripada seorang lelaki yang telah menyaksikan sendiri akhlak Sayyidina Abu Dzar (radhiyallahu ‘anhu) terhadap jiran-jiran dan tetamunya. Beliau menceritakan:
“Setiap kali Abu Dzar memerah susu kambingnya, beliau akan memberi minum kepada jiran-jiran dan tetamunya terlebih dahulu, dan selepas itu barulah beliau sendiri meminum susu tersebut.”
Pada suatu malam, aku melihat Abu Dzar memerah susu kambingnya sehingga tiada lagi susu yang tersisa di dalam kantung susunya. Beliau kemudiannya menghidangkan susu tersebut kepada tetamunya dan turut meletakkan sedikit kurma di hadapan mereka.
Beliau selepas itu memohon maaf kepada mereka kerana tidak dapat memberikan apa-apa makanan lain untuk dimakan disebabkan beliau tidak memiliki perkara lain pada waktu itu. Beliau berkata kepada mereka, “Sekiranya kami mempunyai sesuatu yang lebih baik daripada ini, pasti kami telah menghidangkannya di hadapan kamu.”
Aku telah memerhatikan Abu Dzar pada malam tersebut dan aku mendapati beliau tidak makan walau sesuap pun, sebaliknya beliau menghidangkan segala apa yang dimilikinya kepada para tetamunya. (Siyar A’lam an-Nubala 3/399)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya