Surah al-Kauthar

اِنَّاۤ  اَعۡطَیۡنٰکَ  الۡکَوۡثَرَ ؕ﴿۱﴾ فَصَلِّ  لِرَبِّکَ وَانۡحَرۡ ؕ﴿۲﴾ اِنَّ شَانِئَکَ هُوَ الۡاَبۡتَرُ ﴿۳﴾

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (dan memberkatimu dengan) kebaikan yang melimpah-ruah. 2. Oleh itu, dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban. 3. Sesungguhnya orang yang membencimu, dialah yang terputus (daripada sebarang kebaikan).

Kebaikan Melimpah-Ruah yang Dikurniakan kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Dalam Surah ini, Allah Ta’ala berfirman dengan berkata kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (dan memberkatimu dengan) kebaikan yang melimpah-ruah.”[1]

Kebaikan melimpah-ruah yang diperturunkan keberkatannya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dunia ini dapat dilihat menerusi nama mulia dan martabat baginda yang ditinggikan, agama baginda yang berterusan makmur dan semakin kukuh, serta jumlah manusia yang memeluk agama Islam semakin bertambah dari hari ke hari.

Telah berlalu lebih daripada 1400 tahun semenjak zaman kenabian, namun dengan berlalunya setiap hari, Islam berkembang secara mendadak. Kesemua ini merupakan sebahagian daripada kebaikan yang melimpah-ruah yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dunia ini.

 


[1] تفسير الجلالين صـ 824

Semak juga

Surah Humazah

وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ ‎﴿١﴾‏ الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ ‎﴿٢﴾‏ يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ ‎﴿٣﴾‏ كَلَّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ ‎﴿٤﴾‏ وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ ‎﴿٥﴾‏ نَارُ …