عن رويفع بن ثابت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من صلى على محمد وقال: اللهم أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة، وجبت له شفاعتي (المعجم الكبير للطبراني، الرقم: 4480، وإسناده حسن كما في مجمع الزوائد، الرقم: 17304)
Saidina Ruwaifi’ bin Thaabit Al-Ansari (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang membaca (selawat) yang berikut, syafa’atku akan menjadi wajib untuknya.”
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ وَأَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيَامَة
Wahai Allah Ta’ala! hantarkanlah selawat ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) dan anugerahkanlah dia dengan kedudukan yang berdekatan denganMu pada hari Qiamat.”
Nota: Mengikut sesetengah Muhaddith, “kedudukan yang berdekatan” yang telah disebutkan di dalam Hadis ini merujuk kepada penghormatan memberi syafa’at bagi pihak seluruh ciptaan untuk pengambilan hisab dimulakan pada hari Qiamat (Maqaamul Mahmood). Mengikut Muhaddith yang lain, ianya merujuk kepada kedudukan yang amat dihormati dan dimuliakan dalam jannah, mengikut kedudukan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).
Berhati-hati dalam Menulis Selawat
Sheikh Abu Sulaiman, Muhammad bin Husain (rahimahullah) berkata:
Daripada kalangan jiranku, terdapat seorang lelaki bernama Fadhl yang selalu menyibukkan dirinya dengan solat sunat dan berpuasa sunat.
Dia pernah berkata kepadaku, “Aku selalu menyalin Hadis-Hadis Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), akan tetapi, aku tidak pernah menulis Selawat selepas nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Kemudian, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) muncul di dalam mimpiku dan memberitahuku, “Kenapakah engkau tidak membaca Selawat ke atasku bilamana namaku disebutkan ataupun ditulis?”
Kemudian Fadhl amat berhati-hati dalam menulis Selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bilamana nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) disebutkan. Beberapa hari kemudian, beliau melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di dalam mimpi sekali lagi dan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memberitahunya,” Teruslah membaca Selawat ke atasku ketika mana namaku disebutkan kerana sesungguhnya Selawatmu sampai kepadaku.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] الترغيب والترهيب لقوام السنة 2/328، القول البديع صـ 487