Berita Gembira tentang Syurga untuk Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah menyebut tentang Saidina Talhah ‎‎(radhiyallahu ‘anhu):‎

طلحة في الجنة (هو ممن بشّر بالجنة في الدنيا) (جامع الترمذي، الرقم: ٣٧٤٧)

“Talhah akan berada di dalam syurga (iaitu beliau termasuk antara orang-orang yang menerima khabar gembira tentang syurga di dunia ini)”. (Jaami’ Tirmizi #3747)‎

Kemurahan Hati Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu)

Isteri Saidina Talhah (rahdiyallahu ‘anhu), Su‘da binti ‘Awf al-Muriyyah menyebut tentang kejadian berikut mengenai suaminya Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu):‎

“Pada suatu hari, Talhah masuk ke rumah dalam keadaan tertekan. Apabila aku melihat keadaan ini, aku berkata kepadanya, ‘Mengapa saya melihat abang sedih dan tertekan? Apakah masalahnya? Adakah saya melakukan sesuatu yang menyebabkan abang terganggu? Tolonglah beritahu saya supaya saya dapat menghilangkan kesusahan abang.’‎

Beliau menjawab, ‘Tidak, kamu tidak melakukan apa-apa yang menyakiti abang dan sungguh, betapa baiknya kamu sebagai teman hidup bagi seorang lelaki Muslim seperti abang.’‎

Kemudian aku bertanya kepadanya, ‘Jelaskanlah kepada saya apa masalahnya yang menyebabkan abang tertekan.’‎

Beliau berkata kepadaku, ‘Kekayaan yang abang miliki telah bertambah dan ini telah menjadi beban yang besar bagi abang.’‎

Kemudian aku memujuknya dengan berkata, ‘Tidak perlulah abang risau. Mengapa abang tidak mengagihkannya sahaja kepada orang miskin?’‎

Saidina Talhah (rahdiyallahu ‘anhu) kemudian mula mengagihkannya kepada orang miskin sehingga tiada satu dirham pun yang tinggal.”‎

Talhah ibn Yahya‏ ‏‎(rahimahullah) menyebut, “Aku bertanya kepada bendahari Saidina Talhah ‎‎(radhiyallahu ‘anhu), ‘Berapa banyakkah harta yang diagihkan oleh Talhah (radhiyallahu ‘anhu) pada waktu itu?’ Dia menjawab, ‘Beliau mengagihkan empat ratus ribu dirham (kepada orang miskin pada waktu itu).'” (Hilyatul Awliyaa 1/88)‎

Semak juga

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) Berbaiat untuk Mengorbankan Nyawanya untuk ‎‎Allah Ta’ala

Saidina Sa’d bin Ubaadah (radhiyallahu ‘anhu) menyebut: ‎ بايع رسولَ الله صلى الله عليه وسلم …