Keperluan Dunia dan Akhirat Ditunaikan Kerana Bacaan Selawat pada Hari Jumaat

عن أنس بن مالك خادم النبي صلى الله عليه وسلم قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: إن أقربكم مني يوم القيامة في كل موطن أكثركم علي صلاة في الدنيا من صلى علي في يوم الجمعة وليلة الجمعة قضى الله له مائة حاجة سبعين من حوائج الآخرة وثلاثين من حوائج الدنيا ثم يوكل الله بذلك ملكا يدخله في قبره كما يدخل عليكم الهدايا يخبرني من صلى علي باسمه ونسبه إلى عشيرته فأثبته عندي في صحيفة بيضاء  (شعب الإيمان، الرقم: 2773، وسنده ضعيف كما في القول البديع صـ 329)

Saidina Anas bin Malik (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda,”Orang yang membaca paling banyak Selawat untukku dalam kalangan kamu di dunia akan menjadi orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat dalam setiap persimpangan. Barangaiapa yang berselawat untukku pada malam Jumaat dan hari Jumaat, Allah Ta’ala akan menunaikan seratus keperluannya; 70 keperluan Akhirat dan 30 keperluan dunia. Selepas Selawat dibacakan, Allah Ta’ala akan menugaskan malaikat untuk membawakannya kepadaku di dalam kuburku, sama seperti hadiahmu dibawakan untukmu. Malaikat memberitahuku tentang orang yang membaca Selawat dengan memberitahuku namanya dan keturunannya. Kemudian aku akan menyimpan Selawat tersebut denganku di atas lembaran putih.”

Nota: Imam Baihaqi (rahimahullah) telah meriwayatkan hadis ini dalam bab Para Nabi (alaihimus Salam) hidup di dalam kubur mereka.

Dianugerahkan dengan pakaian syurga

Saidina Sufyan bin Uyainah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Khalaf (rahimahullah) berkata:

Aku mempunyai seorang kawan yang mana aku selalu belajar Hadith dengannya. Selepas kematiannya, aku melihatnya di dalam mimpi dalam keadaan dia sedang merayau dengan bebas, berpakaian dengan sepasang pakaian baharu yang hijau. Aku bertanya kepadanya, “Kita selalu belajar Hadith bersama, maka bagaimana kamu cecah martabat tinggi ini?” Dia menjawab, “Benar, kita menulis Hadith bersama, akan tetapi apabila aku terjumpa nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), aku akan menulis صلى الله عليه وسلم di bawahnya. Sebagai balasan untuk amalan ini, Allah Ta’ala telah memberiku martabat ini yang kamu lihat.[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] القربة لابن بشكوال صـ 121، القول البديع صـ 486

Semak juga

Pahala sadaqah melalui bacaan Selawat

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: …