وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم إذ جاءه رجل فقال: يا رسول الله! ما أقرب الأعمال إلى الله قال: صدق الحديث وأداء الأمانة قلت: يا رسول الله! زدنا قال: صلاة الليل وصوم الهواجر قلت: يا رسول الله! زدنا قال: كثرة الذكر والصلاة علي تنفي الفقر قلت: يا رسول الله! زدنا قال: من أم قوماً فليخفف فإن فيهم الكبير والعليل والصغير وذا الحاجة (معرفة الصحابة لأبي نعيم، الرقم: 3572، وسنده ضعيف كما في القول البديع صــ 278)
Saidina Samurah Suwaai (radhiallahu anhu), ayah Saidina Jaabir (radhiallahu anhu), meriwayatkan: Pada suatu hari kami berada bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) apabila seorang lelaki datang kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan bertanya, “Amalan yang manakah paling disukai oleh Allah Ta’ala?” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Percakapan yang jujur dan memenuhi amanah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Berikanlah nasihat yang selanjutnya (berkenaan amalan amalan yang diredhai oleh Allah Ta’ala)!” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Menunaikan solat pada waktu malam dan berpuasa pada hari yang panas.” Lalu aku berkata, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Berikanlah nasihat yang selanjutnya!” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Berzikir dengan banyak dan berselawat keatasku menolak kemiskinan.” Aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)! Berikanlah nasihat yang selanjutnya!” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Orang yang memimpin orang lain dalam solat haruslah menunaikan solat yang ringkas, kerana dalam kalangan mereka ada yang tua, sakit, muda dan orang yang memerlukan sesuatu.”
Dimuliakan oleh Allah Ta’ala kerana Bacaan Selawat Yang Banyak
Telah direkodkan berkenaan Abul Abbas, Ahmad bin Mansor (rahimahullah), bahawa setelah beliau meninggal dunia, seorang lelaki daripada penduduk di Sheeraaz telah melihatnya di dalam mimpi. Di dalam mimpi tersebut, Ahmad bin Mansor sedang berdiri di dalam mihrab masjid Jami’ Sheeraaz. Beliau dihiasi dengan sepasang pakaian (yang cantik) dan beliau mempunyai mahkota di atas kepalanya yang dihiasi dengan batu berharga.
Lelaki tersebut bertanya kepadanya, “Bagaimanakah Allah Ta’ala melayanimu?” Beliau menjawab, “Allah Ta’ala telah mengampunkan dosa-dosaku, mengurniakanku kemuliaan, memberikanku mahkota syurga dan merahmatiku dengan memasukkanku ke dalam syurga.” Kemudian, lelaki itu bertanya, ” Kerana amalan apakah Allah Ta’ala memuliakanmu dengan kedudukan yang tinggi ini?” Beliau menjawab, ” Kerana selawat yang banyak yang aku baca untuk Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] القربة لابن بشكوال صـ 122، القول البديع صـ 259