Penambahan dalam Rezeki

عن سهل بن سعد رضي الله عنه قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فشكا إليه الفقر وضيق العيش أو المعاش فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا دخلت منزلك فسلم إن كان فيه أحد أو لم يكن فيه أحد ثم سلم علي واقرأ قل هو الله أحد مرة واحدة ففعل الرجل فأدَرَّ الله عليه الرزق حتى أفاض على جيرانه وقراباته (أبو موسى المديني وسنده ضعيف كما في القول البديع صـ 279)

Saidina Sahl bin Sa’ad (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa pada suatu hari, seorang sahabat datang kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan mengadu tentang kemiskinan dan kesusahan dalam mencari sumber kehidupan. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) telah bersabda kepada sahabat tersebut, ” Apabila kamu memasuki rumahmu, maka berilah salam , tidak kiralah sama ada di dalam rumah ada orang ataupun tidak. Kemudian, berselawatlah kepadaku dan bacalah Qul-Huwallah (Surah Ikhlas) sebanyak sekali.” Sahabat tersebut melakukan seperti apa yang diarahkan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), dan Allah Ta’ala mengurniakannya banyak rezeki sehingga dia mula memberikannya kepada jiran-jirannya dan kaum keluarganya.

Memperolehi makanan istimewa

Shah Waliyullah (rahimahullah) menulis di dalam Al-Hirzuth Thameen bahawa ayahnya menceritakan perkara tersebut:

Pada suatu ketika aku sedang bermusafir di bulan Ramadhan. Pada ketika itu ia sangat panas dan aku mengalami kesukaran yang besar. Dalam keadaan begitu, aku tertidur dan aku melihat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam). Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memberiku satu manisan yang paling sedap mengandungi nasi, za’faran, gula, dan minyak sapi, dan aku memakannya sampai kenyang. Selepas itu, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) memberiku sedikit air. Dengan demikian, dahaga dan laparku telah hilang, dan apabila aku terjaga, aku dapat mencium haruman za’faran pada tangan ku.[1]

Nota: Ayah Shah Waliyullah (rahimahullah) dan keluar adalah percinta Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) yang bersemangat dan mereka selalu membaca banyak selawat.

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] فضائل درود صـ 191

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …