Gunung Hira’ bergegar kerana Keterujaan

ذات مرة، صعد رسول الله صلى الله عليه وسلم جبل حراء ومعه أبو بكر وعمر وعثمان وعلي وطلحة والزبير وسعد بن أبي وقاص رضي الله عنهم فتحرك (الجبل ورجف)، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اسكن حراء فما عليك إلا نبي أو صديق أو شهيد (من صحيح مسلم، الرقم: ٢٤١٧)

ملاحظة: استشهد سيدنا طلحة رضي الله عنه في وقعة الجمل سنة ست وثلاثين الهجرية.

Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) mendaki Gunung Hira’ bersama Saidina ‎Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali, Talhah, Zubair dan Sa’ad bin Abi Waqqas (radhiyallahu ‘anhum). ‎

Gunung itu mula bergegar dan menggeletar (kerana teruja bahawa orang-orang hebat ini berdiri di atasnya). Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepada gunung itu:‎

“Diamlah wahai Hira’, sesungguhnya yang ada di atasmu hanyalah seorang Nabi, seorang siddiq atau seorang syahid.” (Sahih Muslim ‎‎#2417)‎

Nota: Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) meninggal sebagai seorang syahid dalam perang Jamal pada tahun 36H. ‎

Keislaman Talhah bin Ubaidillah (radhiyallahu ‘anhu) ‎

Pada hari Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiyallahu ‘anhu) memeluk Islam, beliau mula mengajak manusia kepada Islam. Allah Ta‘ala menjadikannya sebagai sarana bagi ramai sahabat lain (radhiyallahu ‎‎‘anhum) masuk ke dalam agama Islam.

Di antara para Sahabat yang memeluk Islam melalui ‎Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiyallahu ‘anhu) adalah Saidina Talhah bin Ubaidillah (radhiyallahu ‎‎‘anhu).‎

Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu) menjelaskan:‎

Suatu ketika, aku pergi ke Busraa untuk tujuan berniaga. Pada suatu hari, aku berada di pasar Busraa ketika aku mendengar seorang rahib berseru dari biaranya, “Carilah tahu jika ada orang yang hadir di sini yang berasal dari penduduk Masjidil Haram Makkah Mukarramah.” Aku menjawab, “Aku adalah penduduk Tanah Haram Makkah Mukarramah.”‎

Rahib itu bertanya, “Apakah Ahmad (sallallahu ‘alaihi wasallam) sudah muncul?” Aku bertanya kepada rahib itu untuk penjelasan lebih lanjut dengan berkata, “Siapa yang kamu maksudkan (dengan nama Ahmad)?” Rahib itu menjawab, ‎‎“Anak kepada ‘Abdullah bin ‘Abdil Muttalib. Ini adalah bulan di mana dia akan muncul. Dia akan muncul di Haram Makkah Mukarramah dan berhijrah ke tanah berbatu (kawasan pergunungan) yang mempunyai banyak pohon kurma. Dia adalah yang terakhir dari Ambiyaa (‘alaihimus salaam) dan Nabi yang terakhir, jangan kamu terlambat mengikutinya.

Perbualan dengan rahib itu memberi kesan yang mendalam pada hatiku. Aku segera kembali ke Makkah Mukarramah dan bertanya kepada orang ramai sama ada sesuatu yang baru berlaku semasa ketiadaanku, semasa aku dalam perjalanan. Mereka menjawab, “Ya, Muhammad (sallallahu ‘alaihi wasallam), yang  amanah, telah mengaku kenabian, dan anak Abu Quhaafah (Saidina Abu Bakar ‎[radhiyallahu ‘anhu]) telah bergabung dengannya.”‎

Tanpa berlengah, aku pergi menemui Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) yang membawaku kepada Rasulullah ‎‎(sallallahu ‘alaihi wasallam). Setibanya di hadapan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi ‎wasallam), aku memeluk Islam dan juga memberinya keterangan terperinci tentang apa yang berlaku antara aku dan rahib di Busraa. (Al-Isaabah 3/430-431)‎

Semak juga

Berita Gembira tentang Syurga untuk Saidina Talhah (radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah menyebut tentang Saidina Talhah ‎‎(radhiyallahu ‘anhu):‎ طلحة في الجنة (هو …