Selawat ditimbang pada skala dengan sukatan yang penuh

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من سره أن يكتال بالمكيال الأوفى إذا صلى علينا أهل البيت فليقل: اللهم صل على محمد النبي الأمي وأزواجه أمهات المؤمنين وذريته وأهل بيته كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد (سنن أبي داود، الرقم: 982، وسكت عليه هو والمنذري في مختصره، الرقم: 981)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang inginkan bahawa selawatnya ditimbang pada timbangan yang beratnya penuh (dengan itu mendapat ganjaran penuh untuk selawat) apabila dia berselawat keatas kami, Ahlu Bayt, maka dia haruslah membaca selawat yang berikut:

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَأَزْوَاجِهِ أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِيْنَ وَذُرِّيَّتِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Wahai Allah Ta’ala! Hantarkanlah selawat ke atas Muhammad (sallallahu alaihi wasallam) , Nabi yang buta huruf, isteri isterinya, Ibu Ibu orang yang beriman, keturunannya dan ahli keluarganya, sebagai mana Enkau menghantarkan selawat keatas keluarga Ibrahim (alaihi salam), sesungguhnya Engkaulah yang paling layak Dipuji, yang paling Mulia

Mendapat Kedudukkan Khas yang Dekat dengan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Qadhi Iyadh (rahimahullah) adalah seorang ahli hadis yang terkemuka pada zamannya. Beliau telah menulis sebuah kitab berkenaan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan Selawat keatas baginda yang dipanggil Al -Syifa.

Telah diriwayatkan bahawa anak saudara Qadhi Iyadh (rahimahullah) pernah melihat pak ciknya Qadhi Iyadh (rahimahullah) di dalam mimpi sedang duduk bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) di atas sebuah singgahsana emas. Melihat kedudukkan yang mulia dan dekat yang pakciknya nikmati bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), dia sangat terkesan dan terkejut.

Apabila Qadhi Iyadh (rahimahullah) dapat tahu tentang mimpi anak saudaranya dan rasa terkejutnya, beliau pun berkata kepadanya, ” Wahai anak saudaraku! Berpegang teguhlah dengan kitabku, Al-Syifa dan gunakanlah ia sebagai sebab untuk mendapat penerimaan daripada Allah Ta’ala!”

Dengan cara ini, Qadhi Iyadh (rahimahullah) menerangkan kepada anak saudaranya bahawa sebab yang membuatkan beliau dikurniakan dengan kedudukkan yang dekat dengan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) adalah kitabnya, Al-Syifa , yang penuh dengan selawat keatas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan kisah-kisah cinta Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).[1]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] بستان المحدثين صـ 344

Semak juga

Menolak kemiskinan

وعن سمرة السوائي والد جابر رضي الله عنهما قال: كنا عند النبي صلى الله عليه …