Kedudukan tinggi yang dipegang oleh solat dalam kehidupan seorang Muslim tidak memerlukan sebarang penjelasan. Fakta bahawa ia akan menjadi aspek pertama yang akan ditanya seseorang pada Hari kiamat adalah bukti yang cukup tentang kepentingannya.
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت له تامة وإن كان انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم (سنن أبي داود، الرقم: 864)[1]
Sesungguhnya amalan pertama yang manusia akan soal pada hari kiamat adalah solat mereka. Tuhan kami berkata kepada malaikat malaikat, sedang Allah Ta’ala mempunyai ilmu yang sempurna berkenaan segala benda, “Lihatlah solat hambaKu; adakah dia telah menunaikannya dengan cukup dan sempurna atau dia telah menunaikannya dengan cara yang tidak sempurna?” jikalau solatnya telah ditunaikan dengan cara yang cukup dan sempurna, ganjaran yang sempurna akan dicatatkan untuknya. Jikalau terdapat sebarang kekurangan di dalam solatnya, Allah Ta’ala akan berkata kepada malaa’ikah,”Tutup kekurangan di dalam solat fardunya dengan solat sunnatnya. Kemudian, ibadat yang lain akan mengikuti cara yang sama.”
Masa dan cara yang betul
Sebagaimana pelaksanaan solat itu penting, melaksanakannya dalam waktu yang diutamakan dan dengan cara yang betul adalah sama pentingnya.
Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wassallam) bersabda, “Apabila seseorang menunaikan solat pada waktunya yang ditentukan, dengan wudhuk yang betul, memenuhi qiyaam (posisi berdiri), ruku’ dan sujud dengan cara yang betul dengan tahap konsentrasi dan khusyuk yang diingini, maka solat akan bangun dalam bentuk yang terang dan indah lalu berkata kepadanya, ‘Semoga Allah Ta’ala peliharamu sebagaimana kamu telah menjagaku.’ (Sebaliknya,) jika seseorang itu tidak menunaikan solat pada waktu yang telah ditetapkan, tidak pula dia berwuduk dengan sempurna atau menunaikan ruku dan sujudnya dengan cara yang betul dan bukan dengan tahap konsentrasi yang diingini, maka solat itu akan bangkit dalam bentuk yang buruk dan gelap melaknatnya dengan berkata, Semoga Allah Ta’ala binasakan kamu sepertimana kamu telah menghancurkanku. Solat kemudiannya akan naik ke tahap yang Allah Ta’ala kehendaki, dan selepas itu ia dilipat seperti kain kotor dan dilemparkan ke mukanya.”[2]
Peringatan bagi mereka yang mengabaikan Solat Jemaah di Masjid
Ianya adalah keinginan Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) yang mendalam bahawa kaum lelaki dari Umat menunaikan solat mereka dengan jemaah di Masjid. Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) amat terluka apabila baginda mengetahui tentang orang -orang yang menunaikan solat mereka di rumah mereka sehingga baginda bersabda: “Sekiranya bukan kerana wanita dan anak -anak, aku akan memerintahkan sekumpulan pemuda untuk mengumpulkan kayu api dan membakar kediaman mereka yang menunaikan solat mereka di rumah mereka tanpa apa apa alasan.”[3]
Sahabat (radhiallahu anhum) pernah melihat Saidina Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) menangis. Semasa menanyakan kepada baginda tentang apa yang menyebabkan baginda menangis, baginda bersabda: “Aku ditunjukkan oleh Allah Ta’ala bahawa di antara tanda -tanda kiamat adalah kaum kaum dari umatku akan membuang solat mereka dan mengikuti keinginan mereka (yang jahat).[4]
Amalan Sahabah (radhiallahu anhum) Mengenai Solat Berjemaah
Saidina Abdullah bin Mas’ud (radhiallahu anhu) meriwayatkan: “Jagalah solat lima waktumu dengan menunaikannya di tempat yang mana azan dikumandangkan (maksudnya masjid). Sesungguhnya menunaikan solat solat (fardu) ini di masjid adalah sebahagian daripada sunan huda (ibadah yang ditetapkan pada agama). Allah Ta’ala telah tetapkan bagi NabiNya (sallaallahu alaihi wasallam) sunan huda (ibadah yang lengkap hidayah bagi kamu). Semasa seumur hidup Nabi (sallaallahu alaihi wasallam) tiada sesiapa yang meninggalkan solat berjemaah kecuali seorang munafik yang terang, sampai suatu tahap yang mana mahupun seorang yang sakit tidak akan tidak menghadiri solat berjemaah di masjid. Sebaliknya, dia akan dibawa ke masjid sedang dibantu atas bahu dua orang lelaki. Setiap daripada kamu (sahabat radhiallahu anhum) mempunyai tempat yang khas di rumahnya dibuat untuk menunaikan solat sunat, dsb. Akan tetapi, jikalau kamu mula menunaikan solat fardu kamu di rumah dan tidak hadiri solat jemaah di masjid, maka kamu meninggalkan sunat Nabi (sallaallahu alaihi wasallam) yang ditekankan. Sebaik sahaja kamu meninggalkan sunat mubaraknya, kamu akan pasti menjadi sesat.”[5]
Ianya diriwayatkan bahawa seseorang bertanya Saidina Abdullah bin Abbas (radhiallahu anhuma), “Apakah keadaan seseorang yang melakukan puasa sunat pada siang hari dan menunaikan solat sunat sepanjang malam, tetapi dia tidak pergi ke masjid untuk menunaikan solat jemaah mahupun menghadiri solat jumaat?” Saidina Abdullah bin Abbas (radhiallahu anhu) menjawab, “Dia ditakdirkan ke neraka.”[6]
[1] هذا الحديث سكت عنه أبو داود والمنذري (مختصر سنن أبي داود، 1/306)
[2] عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صلى الصلوات لوقتها وأسبغ لها وضوءها وأتم لها قيامها وخشوعها وركوعها وسجودها خرجت وهي بيضاء مسفرة تقول حفظك الله كما حفظتني ومن صلى لغير وقتها ولم يسبغ لها وضوءها ولم يتم لها خشوعها ولا ركوعها ولا سجودها خرجت وهي سوداء مظلمة تقول ضيعك الله كما ضيعتني حتى إذا كانت حيث شاء الله لفت كما يلف الثوب الخلق ثم ضرب بها وجهه رواه الطبراني في الأوسط وفيه عباد بن كثير وقد أجمعوا على ضعفه قلت ويأتي حديث عبادة بنحو هذا في باب من لا يتم صلاته ويسيء ركوعها (مجمع الزوائد، الرقم: 1677)
لهذا الحديث شاهد من حديث عبادة بن الصامت قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا توضأ العبد فأحسن الوضوء ثم قام إلى الصلاة فأتم ركوعها وسجودها والقراءة فيها قالت حفظك الله كما حفظتني ثم أصعد بها إلى السماء ولها ضوء ونور وفتحت لها أبواب السماء وإذا لم يحسن العبد الوضوء ولم يتم الركوع والسجود والقراءة قالت ضيعك الله كما ضيعتني ثم أصعد بها إلى السماء وعليها ظلمة وغلقت أبواب السماء ثم تلف كما يلف الثوب الخلق ثم ضرب بها وجه صاحبها رواه الطبراني في الكبير والبزار بنحوه وفيه الأحوص بن حكيم وثقه ابن المديني والعجلي وضعفه جماعة وبقية رجاله موثقون (مجمع الزوائد، الرقم: 2734)
[3] عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم فقد ناسا في بعض الصلوات فقال لقد هممت أن آمر رجلا يصلي بالناس ثم أخالف إلى رجال يتخلفون عنها فآمر بهم فيحرقوا عليهم بحزم الحطب بيوتهم ولو علم أحدهم أنه يجد عظما سمينا لشهدها يعني صلاة العشاء (صحيح مسلم، الرقم: 651)
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلي الله عليه وسلم لولا ما في البيوت من النساء والذرية لأقمت صلاة العشاء وأمرت فتياني يحرقون ما في البيوت بالنار (مسند أحمد، الرقم: 8782)
[4] عن ابن عباس رضي الله عنهما قال لما حج النبي صلى الله عليه وسلم حجة الوداع أخذ بحلقتي باب الكعبة ثم أقبل بوجهه على الناس فقال يا أيها الناس قالوا لبيك يا رسول الله يفديك آباؤنا وأمهاتنا ثم بكى حتى علا انتحابه فقال يا أيها الناس إني أخبركم بأشراط القيامة إن من أشراط القيامة إماتة الصلوات واتباع الشهوات والميل مع الهوى وتعظيم رب المال (الإشاعة لأشراط الساعة صـ 171)
[5] عن عبد الله بن مسعود قال حافظوا على هؤلاء الصلوات الخمس حيث ينادى بهن فإنهن من سنن الهدى وإن الله شرع لنبيه صلى الله عليه وسلم سنن الهدى ولقد رأيتنا وما يتخلف عنها إلا منافق بين النفاق ولقد رأيتنا وإن الرجل ليهادى بين الرجلين حتى يقام في الصف وما منكم من أحد إلا وله مسجد في بيته ولو صليتم في بيوتكم وتركتم مساجدكم تركتم سنة نبيكم صلى الله عليه وسلم ولو تركتم سنة نبيكم صلى الله عليه وسلم لكفرتم (سنن أبي داود، الرقم: 550)
[6] وسئل ابن عباس عن رجل يصوم النهار ويقوم الليل لا يشهد جمعة ولا جماعة فقال هو في النار (سنن الترمذي، الرقم: 218)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya