Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan – 8

  1. Seseorang itu hendaklah berbuka puasa sejurus selepas matahari terbenam.

عن سهل رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر (سنن الترمذي، الرقم: 699)

Hazrat Sahl (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Hazrat Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Manusia akan tetap berada di atas kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.”

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم  قال الله تعالى أحب عبادي إلي أعجلهم فطرا (سنن الترمذي، الرقم: 700)

Saidina Abu Hurairah (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda bahawa Allah Ta’ala berfirman, “Hamba-hamba yang paling disayangi di sisi-Ku ialah mereka yang bersegera berbuka pada waktu berbuka puasa.”

  1. Adalah terbaik bagi seseorang untuk berbuka puasa dengan kurma dan air.

عن سلمان بن عامر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أفطر أحدكم فليفطر على تمر فإنه بركة فإن لم يجد تمرا فالماء فإنه طهور (سنن الترمذي، الرقم: 658)

Saidina Salmaan bin Aamir (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah bersabda, “Pada waktu berbuka puasa, seseorang hendaklah berbuka puasa dengan kurma kerana ia penuh dengan keberkatan, dan jika seseorang tidak mempunyai kurma, maka dia hendaklah meminum air kerana ianya adalah asbab penyucian.”

عن أنس قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر قبل أن يصلي على رطبات فإن لم تكن فتميرات فإن لم تكن تميرات حسى حسوات من ماء (سنن الترمذي، الرقم: 696)

Saidina Anas (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan berbuka puasa dengan kurma segar sebelum menunaikan Solat Maghrib.  Jika kurma segar tidak ditemui, maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan berbuka dengan kurma kering.  Jika kurma kering tidak ditemui, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan berbuka puasa dengan beberapa teguk air.

  1. Seseorang hendaklah membaca doa berikut selepas berbuka:

اَللّٰهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلٰى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ فَتَقَبَّلْ مِنِّيْ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ العَلِيْم

Ya Allah, sesungguhnya aku telah berpuasa semata-mata untukMu, dan dengan rezekiMu aku berbuka, maka terimalah puasa ini daripadaku.  Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللّٰهُ

Dahagaku telah hilang, dan urat-urat telah basah dan pahala telah diperoleh (daripada Allah Ta’ala) Insya-Allah.

  1. Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan jika mampu.

عن ابن عباس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال في المعتكف هو يعتكف الذنوب ويجري له من الحسنات كعامل الحسنات كلها (سنن ابن ماجة، الرقم: 2108)

Saidina Ibnu Abbaas (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda mengenai orang yang sedang beri’tikaf, “Orang yang mu’takif (tetap di musjid) menjauhkan diri daripada melakukan dosa, dan setiap saat, dia menerima pahala  melaksanakan berbagai-bagai bentuk ibadat yang dapat dia laksanakan sekiranya dia tidak berada dalam keadaan i’tikaf.”

عن ابن عباس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من اعتكف يوما ابتغاء وجه الله تعالى جعل الله بينه وبين النار ثلاث خنادق أبعد مما بين الخافقين رواه الطبراني في الأوسط والبيهقي واللفظ له (المعجم الأوسط، الرقم: 7326)

Saidina Ibnu Abbas (radhiallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang beri’tikaf untuk satu hari mencari keredhaan Allah Ta’ala, Allah Ta’ala akan meletakkan 3 parit diantaranya dan api jahannam, setiap parit seluas jarak diantara timur dan barat.

  1. Mencari Lailatul Qadr pada malam ganjil sepuluh hari terakhir Ramadhan.

عن أنس بن مالك قال دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن هذا الشهر قد حضركم وفيه ليلة خير من ألف شهر من حرمها فقد حرم الخير كله ولا يحرم خيرها إلا محروم (سنن ابن ماجه، الرقم: 1644)

Dari Anas bin Malik (radhiallahu anhu), dia berkata, bahawa apabila Ramadhan telah bermula, lalu Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Bulan ini telah datang kepada kamu, dan padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang dihalang maka dia telah terhalang daripada segala kebaikan, dan hanya orang yang benar- benar terhalang akan dihalang daripada kebaikkan malam ini.”

Semak juga

Azan dan Iqamat – 2

Kelebihan para Muadhin Azan adalah antara simbol-simbol yang menonjol dalam agama Islam. Islam telah memberikan …