- Pada malam-malam ganjil, perbanyakkan ibadat. Apabila hendak tidur, berniatlah bangun malam untuk memperbanyakkan ibadat. Cuba lakukan ibadat sebelum tidur, kerana ada kemungkinan kamu tidak akan bangun kemudiannya dan beribadat.
- Pada malam Lailatul Qadar, bacalah doa berikut:
اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ
Wahai Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun, Engkau suka memaafkan, maka ampunilah aku.
عن عائشة قالت قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني (سنن الترمذي، الرقم: 3513)
Saidatina Aishah melaporkan bahawa pada suatu ketika, beliau bertanya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) doa yang dia perlu baca sekiranya dia mendapati Lailatul Qadr. Rasulullah mengajarnya doa yang berikut:
اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ.
- Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah dan dia mengerjakan solat Terawih dua puluh rakaat bersama imam, Allah Ta’ala akan memberinya pahala berdiri sepanjang malam dalam ibadat, dan jikalau malam itu adalah Laylatul Qadar, Allah Ta’ala akan memberikannya pahala Laylatul Qadar.
عن عثمان رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما صلى الليل كله (صحيح مسلم، الرقم: 656)
Saidina Uthmaan (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak berjemaah (di masjid), maka seolah-olah dia telah beribadah separuh malam, dan orang yang (mengerjakan solat Isyak di masjid berjemaah dan sesudahnya) mengerjakan solat Subuh berjemaah (di masjid), Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya pahala beribadah sepanjang malam.”
عن أبي ذر: قال … فقام بنا حتى ذهب ثلث الليل ثم لم يقم بنا في السادسة وقام بنا في الخامسة حتى ذهب شطر الليل فقلنا له يا رسول الله لو نفلتنا بقية ليلتنا هذه؟ فقال إنه من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة (سنن الترمذي، الرقم: 806)
Saidina Abu Zar (radhiallahu anhu) melaporkan, “Pada malam ke-25 Ramadhan, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)mengimami kami dalam Solat Terawih sehingga separuh malam telah berlalu. (Kami sangat seronok mengerjakan Solat Terawih sehingga) setelah selesai solat, kami berkata kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), “Alangkah baiknya jika kamu boleh meneruskan hingga ke akhir malam!” Rasulullah bersabda, “Barangsiapa berdiri bersama imam dan mengerjakan solat Terawih, Allah akan menuliskan baginya pahala berdiri sepanjang malam.
- Pada malam hari raya, luangkan sedikit masa dalam ibadat.
عن أبي أمامة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال من قام ليلتي العيدين محتسبا لم يمت قلبه يوم تموت القلوب (سنن ابن ماجة، الرقم: 1782)
Saidina Abu Umaamah (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)bersabda, “Sesiapa yang beribadah pada dua malam hari raya dengan harapan mendapat pahala, hatinya tidak akan mati pada hari dimana hati akan mati.” (“Pada hari dimana hati-hati akan mati” merujuk kepada masa-masa fitnah dan kerosakan apabila hati manusia akan lalai akan Allah. Dalam masa-masa sedemikian, Allah Ta’ala akan menghidupkan hatinya dalam mengingati-Nya.)
- Selepas bulan Ramadhan, seseorang perlulah menunaikan puasa sunnat enam hari di bulan Syawal.
عن أبي أيوب الأنصاري أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر (صحيح مسلم، الرقم: 1164)
Saidina Abu Ayyub Ansari (radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan ikutinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka (dia akan mendapat pahala) seolah olah dia telah berpuasa sepanjang tahun.”