Pada suatu hari Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepada Para Sahabat (radhiallahu anhum):
إني لا أدري ما بقائي فيكم فاقتدوا باللذين من بعدي وأشار إلى أبي بكر وعمر (سنن الترمذی، الرقم: 3663)
“Aku tidak mengetahui berapa lama lagi aku akan akan bersama kamu, maka ikutilah kedua Sahabat ini selepas kewafatanku.” Berkata ini, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menunjukkan ke arah Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) dan Saidina Umar (radhiallahu anhu). (Sunan Tirmizi #3663)
Saidina Abu Bakar (radhiyallahu ‘anhu) Mempertahankan Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)
Pada suatu ketika, semasa Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) sedang mengerjakan solat di sekitar Ka’bah Syarif, Uqbah bin Abi Mu’ait, salah seorang pemimpin Quraisy yang paling jahat, mendekatinya dengan niat jahat untuk mencederakannya. .
Apabila dia datang kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Uqbah menanggalkan selendangnya, meletakkannya di leher baginda dan mula menjerut baginda dengan kejam.
Tidak lama selepas Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiyallahu ‘anhu) mengetahui perkara ini, beliau bergegas ke tempat kejadian untuk membela dan melindungi Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam). Beliau segera memegang bahu Uqbah dan menolaknya dari Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam).
Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiyallahu ‘anhu) kemudian mencela Uqbah dengan kata-kata berikut:
اَتَقۡتُلُوۡنَ رَجُلًا اَنۡ یَّقُوۡلَ رَبِّیَ اللّٰہُ وَ قَدۡ جَآءَکُمۡ بِالۡبَیِّنٰتِ مِن رَبِّكُم
Adakah kamu berniat membunuh seorang lelaki semata-mata kerana dia menyatakan bahawa Rabbku ialah Allah Ta’ala; sedang dia telah membawa kepada kamu tanda-tanda yang nyata dari Tuhan kamu?