Sunnat-Sunnat dan Adab Hari Raya

S: Tuan mufti, tolong jelaskan sunnat-sunnat hari raya secara terperinci dan bagaimana kita sepatutnya menjalankan waktu yang mubarak ini.

J: Di bawah adalah artikel yang kami sediakan mengenai sunnat-sunnat dan adab-adab hari raya.

Peristiwa Aidiladha dan Aidilfitri adalah hari-hari bergembira bagi umat Islam.

Bersempena Hari Raya Aidilfitri, Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda,

“Sesungguhnya setiap orang dari setiap agama (contohnya Yahudi, Nasrani, dan lain-lain) mempunyai hari raya mereka (iaitu hari-hari istimewa untuk bergembira), dan hari ini (iaitu Eidul Fitri dan Eidul Adha) adalah hari raya kami.”

SUNNAT DAN ADAB HARI RAYA

  1. Bersihkan mulut menggunakan miswak.
  2. Mandi sunnat.

Saidina ibnu Abbas (radhiallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan mandi pada hari raya Aidilfitri dan pada hari Aidiladha.

  1. Berpakaian dengan pakaian terbaik anda (iaitu pakaian terbaik dalam simpanan anda, tidak semestinya pakaian baru).

Saidina Jabir (radhiallahu anhu) melaporkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) mempunyai sepasang jubah yang baginda akan pakai khas pada hari-hari raya dan hari Jumaat.

  1. Gunakan minyak wangi.
  2. Solat hari raya di musallah (iaitu padang terbuka di luar bandar).

Saidina Abu Sa’eed Khudrı (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa pada hari Aidul Fitri dan Aidul Adha, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan pergi ke musallah (sebuah padang terbuka di pinggir Madinah Munawwarah) untuk menunaikan solat hari raya. Perbuatan pertama yang dilakukannya ialah bersolat ( baginda bersolat sebelum khutbah).

  1. Elakkan daripada memakan apa-apa sebelum solat hari raya pada hari raya Aidiladha (iaitu, perkara pertama yang harus dimakan ialah daging binatang korban). Akan tetapi, pada hari raya Aidilfitri, seseorang itu hendaklah makan kurma dengan jumlah yang ganjil atau apa-apa yang manis sebelum berangkat menunaikan solat hari raya.

Saidina Anas (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan sentiasa makan beberapa biji buah kurma sebelum berangkat menunaikan solat hari raya pada hari raya Aidilfitri.

Saidina Buraidah (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa pada hari raya Aidilfitri, Rasulullah (sallallahu alaihu wasallam) tidak akan pergi untuk bersolat hari raya sehinggalah baginda memakan sesuatu. Namun, pada hari raya Aidiladha, Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) tidak akan memakan apa-apa sehingga baginda pulang dari solat raya. Selepas itu, benda (pertama) yang dimakannya ialah daging binatang korban.

Dalam riwayat Bayhaqi, diriwayatkan bahawa perkara pertama yang dimakan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ialah hati binatang korban.

  1. Pergi ke tempat solat hari raya awal.
  2. Berjalan ke tempat solat hari raya.

Saidina Sa’ad bin Abi Waqqaas (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan pergi ke  solat hari raya dengan berjalan kaki, dan akan kembali berjalan kaki.

  1. Lafazkan takbir dengan suara yang kuat ketika menuju tempat solat hari raya pada hari raya Aidiladha, dan bertakbir dengan perlahan ketika menuju untuk menunaikan solat hari raya pada hari raya Aidilfitri. Selepas tiba di tempat solat hari raya, seseorang boleh terus membaca takbir secara perlahan sehingga imam keluar untuk mengendali solat hari raya.
  2. Gunakan laluan berbeza pergi dan balik dari tempat solat hari raya.

Saidina Jaabir (radhiyallahu anhu) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan menggunakan laluan yang berbeza pada hari raya (ketika pergi dan pulang dari solat hari raya).

  1. This is according to hanafi mazhab.

Saidina ibnu Abbaas (radhiyallahu anhuma) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan menunaikan solat (hari raya) pada hari raya tanpa sebarang azan atau iqamat.

  1. Disunnahkan untuk membaca Surah A’ala pada rakaat pertama, dan Surah Ghaashiyah pada rakaat kedua solat hari raya.

Saidina Nu’maan bin Basyir (radhiyallahu anhu) menceritakan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan membaca Surah A’ala dan Surah Ghaashiyah dalam kedua-dua solat Eid dan juga solat Jumaat.

  1. Teruskan duduk selepas solat hari raya dan mendengar khutbah. Duduk dan mendengar khutbah adalah sunnah yang dituntut
  2. Semasa khutbah, adalah wajib bagi seseorang untuk berdiam diri dan mendengar khutbah dengan penuh perhatian.
  3. Dilarang melakukan apa-apa solat sunnat di tempat solat hari raya, baik sebelum dan selepas solat hari raya.

Saidina ibnu Abbaas (radhiyallahu anhuma) melaporkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) akan datang ke tempat solat hari raya dan menunaikan solat hari raya. Dia tidak akan melakukan sebarang solat sunnat sebelum solat hari raya mahupun selepas solat hari raya (di tempat solat hari raya).

  1. Dengan berjaga dan melakukan ibadat pada malam hari raya, seseorang akan mendapat pahala sebegini di mana apabila semua hati mati, hatinya akan tetap hidup.

Saidina Abu Umaamah (radhiyallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Sesiapa yang bangun solat pada dua malam hari raya dengan harapan mendapat pahala daripada Allah Ta’ala, hatinya akan tetap hidup pada hari tersebut dimana semua hati akan mati.(“Hari dimana hati akan mati” merujuk kepada masa fitnah dan kerosakkan di mana hati manusia akan lalai daripada mengingati Allah Ta’ala. Pada waktu itu, Allah Ta’ala akan membiarkan hatinya hidup dalam mengingatiNya.)”

Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

Semak juga

Sunnah sunnah Dan adab adab bulan Ramadhan – 8

Seseorang itu hendaklah berbuka puasa sejurus selepas matahari terbenam. عن سهل رضي الله عنه قال: …