Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) bersabda:
وأشدهم في أمر الله عمر (سنن الترمذي، الرقم: ٣٧٩١)
“Orang yang paling tegas (daripada kalangan ummatku) dalam berpegang teguh kepada hukum Allah Ta’ala adalah Umar.” (Sunan Tirmizi #3791)
Berjaga-jaga dalam Harta Orang Awam
Langkah berjaga-jaga yang dilakukan oleh Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) ketika berurusan dengan harta orang awam sememangnya boleh dijadikan sebagai contoh.
Pada satu ketika, beberapa kasturi dan ambergris (sejenis minyak wangi) tiba dari Bahrain. Kerana ianya adalah harta awam, Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) berkata, “Demi Allah! Aku ingin mencari orang yang mahir dalam menimbang barang-barang supaya dia boleh menimbang minyak wangi ini untukku, membolehkanku untuk membahagikannya secara sama rata antara kaum Muslim.”
Mendengar ini, isterinya , Saidatina Aatikah binti Zaid (radhiyallahu ‘anha), menawarkan diri untuk menunaikan tugasan ini dengan berkata, “Saya mahir dalam menimbang. Bawalah ia dan saya akan menimbangnya untukmu.” Namun, Saidana Umar (radhiyallahu ‘anhu) menolak tawarannya.
Dia kemudian bertanya kepadanya akan sebab penolakannya, dan dia menjawab, “Aku takut semasa menimbangnya, kamu mungkin mengambil minyak wangi yang tinggal di jarimu dan sapukan pada diri kamu sendiri.” Sesudahnya Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) berkata, “Aku khawatir jika kamu terpaksa menggosokkan jari-jarimu pada badanmu setelah menimbang minyak wangi itu, kamu akan mendapat lebih banyak minyak wangi daripada orang Islam yang lain.” (Az Zuhd lil Imaam Ahmed #623)