
أوصى سيدنا عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه لكل من شهد بدرا بأربعمائة دينار، فكانوا مائة رجل (كان مائة من أهل بدر أحياء عند وفاته).
وكذلك أوصى بخمسين ألف دينار فِي سبيل اللّه. (من أسد الغابة ٣/٣٨٠)
Sebelum meninggal dunia, Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) berwasiat bahawa setelah kematiannya, empat ratus syiling emas harus diberikan kepada setiap orang yang menyertai Perang Badar. Pada waktu itu, mereka yang masih hidup dari kalangan mereka berjumlah seratus orang.
Beliau juga berwasiat bahawa lima puluh ribu syiling emas dari hartanya haruslah diberikan di jalan Allah Ta’ala. (Usdul Ghaabah 3/380)
Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) Menjaga Isteri-Isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) semasa Perjalanan Haji
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menyebutkan, “Sesungguhnya, orang yang menjaga isteri-isteriku setelah aku wafat adalah orang yang benar dan soleh.”
Setelah wafatnya Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) secara rutin memberikan nafkah kepada Azwaaj Mutahharaat (isteri-isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam)). Begitu juga, ketika mereka melakukan perjalanan haji, Saidina Abdur Rahmaan dan Saidina Uthmaan (radhiyallahu ‘anhuma) akan berusaha keras untuk memastikan Azwaaj Mutahharaat berasa selesa.
Sebelum perjalanan, Saidina Abdur Rahmaan (radhiyallahu ‘anhu) akan menyiapkan gerabak-gerabak yang akan digunakan oleh Azwaaj Mutahharaat. Beliau akan meletakkan selendang hijau besar di atas gerabak gerabak itu (sebagai tanda hormat kepada Azwaaj Mutahharaat).
Saidina Uthmaan (radhiyallahu ‘anhu) akan mengumumkan (kepada para musafir lain) bahawa tidak ada lelaki yang boleh mendekati gerabak gerabak itu atau melihat ke dalamnya.
Saidina Uthmaan (radhiyallahu ‘anhu) akan berjalan di depan binatang-binatang yang membawa gerabak- gerabak Azwaaj Mutahharaat (radhiyallahu ‘anhun), dan Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) akan berjalan di belakang. Jika ada lelaki yang mendekati, mereka akan segera berkata kepadanya, “Jauhkan diri dari gerabak gerabak itu! Jauhkan diri dari gerabak gerabak itu!”
Semasa perjalanan, ketika rombongan musafir berhenti di suatu tempat, Saidina Abdur Rahmaan (radhiyallahu ‘anhu) dan Saidina Uthmaan (radhiyallahu ‘anhu) akan memastikan bahawa binatang-binatang yang membawa Azwaaj Mutahharaat (radhiyallahu ‘anhun) berhenti di bahagian atas lembah, jauh dari ahli rombongan yang lain. Saidina Abdur Rahmaan bin Auf dan Saidina Uthmaan (radhiyallahu ‘anhuma) kemudiannya akan mendirikan kem di bahagian bawah lembah (untuk menjaga Azwaaj Mutahharaat dan memastikan tidak ada lelaki yang mendekati mereka).
(Fathul Baari 4/73, At-Tabaqaatul Kubra 8/169, Fadhaailus Sahaabah Li Ahmad bin Hambal #1252)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya