Pemegang Amanah Umat kita ‎Yang Istimewa

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لكل أمة أمين (خاص)، وأمين هذه الأمة (يتولّى أمورها) أبو عبيدة بن الجراح (صحيح البخاري، الرقم: ٤٣٨٢)

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda, “Setiap umat  mempunyai pemegang amanah (yang istimewa) ‎‎(untuk menjaga urusan agama), dan pemegang amanah (yang istimewa) umat ini adalah Abu Ubaidah ‎bin Jarrah”. (Sahih Bukhari #4382)‎

Sifat Amanah Saidina Abu Ubaidah bin Jarrah Yang Tinggi (radhiyallahu ‎‎‘anhu)

Setelah memeluk Islam, orang-orang Najraan datang kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) ‎dan meminta baginda untuk menghantar kepada mereka seorang yang boleh dipercayai (yang boleh mengajar mereka agama). ‎

Rasululllah (sallallahu ‘alaihi wasallam) berkata kepada mereka: ‎

لأبعثن إليكم رجلا أمينا حق أمين

“Aku akan mengutuskan kepadamu seorang yang dapat dipercayai, sesungguhnya sangat dapat dipercayai.”‎

Pada ketika itu, para Sahaabah (radhiyallahu ‘anhum) yang hadir semuanya berhasrat untuk menjadi penerima berita gembira ini Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam). Rasulullah (sallallahu ‎‎‘alaihi wasallam) kemudian melantik Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) untuk pergi kepada penduduk Najraan dan mengajar mereka agama.‎

Ketika ketika Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) berdiri dan hendak pergi, Rasulullah ‎‎(sallallahu ‘alaihi wasallam) menyebut tentang beliau, “Orang ini adalah pemegang amanah (yang istimewa) umat ini”. (Sahih Bukhari #3480- 3481)‎

Nota: Sifat amanah adalah ciri yang khas semua Sahaabah. Namun, kerana sifat ini yang paling menonjol dalam kehidupan Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‎‎‘anhu), Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menganugerahkan gelaran istimewa ini kepadanya. ‎

Semak juga

Khabar Gembira Syurga untuk Saidina Abu Ubaidah (radhiyallahu ‘anhu) ‎

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda:‎ أبو عبيدة في الجنة (هو ممن بشّر بالجنة في الدنيا) …