Meminta kebaikan daripada sumbernya

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قرأ القرآن وحمد الرب وصلى على النبي صلى الله عليه وسلم واستغفر ربه فقد طلب الخير مكانه (شعب الإيمان، الرقم: 2084)[1]

Saidina Abu Hurairah ( radhiallahu anhu) meriwayatkan bahawa Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Orang yang membaca Quran , memuji Allah Ta’ala, membaca selawat ke atas Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam dan meminta ampun daripada Tuhannya telah meminta kebaikan daripada sumber kebaikan yang sebenar (dia telah melakukan amalan yang mana adalah satu sumber kebaikan buatnya).”

Diselamatkan daripada haiwan yang buas disebabkan membaca selawat

Ianya telah diceritakan mengenai Shaikh Abul Hassan Shaazili (rahimahullah) bahawa pada satu hari, dia berada di hutan apabila haiwan haiwan buas mula mendekatinya. Takutkan yang haiwan haiwan ini akan melukainya, serta merta dia berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam).

Sebab dia berbuat sedemikian ialah kerana ianya telah diriwayatkan dalam hadith sahih bahawa apabila seseorang berselawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), Allah Ta’ala berselawat ke atasnya (merahmatinya) 10 kali, dan orang yang mana Allah Ta’ala merahmatinya, Allah Ta’ala akan mencukupinya untuk semua kerisauan dan kepayahan yang dia hadapi. Maka, dengan membaca selawat ke atas Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), Shaikh Shaazili (rahimahullah) telah diselamatkan daripada binatang binatang buas.[2]

Saidina Umar (radhiallahu anhu) Memuji Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)

Pengarang Ihyaa telah menulis bahawa selepas kewafatan Saidina ‎Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), Saidina Umar (radhiallahu anhu) menangis dan berkata berikut:‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Batang pohon kurma yang engkau akan bersandar dan menyampaikan khutbah sebelum tegaknya mimbar menangis setelah engkau menaiki mimbar, sedih dengan perpisahan dengan engkau. Engkau kemudian melepasi tangan engkau di atasnya dan menghiburkannya.  Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam)!  Pengikut engkau mempunyai lebih banyak sebab untuk menangisi ‎perpisahan engkau daripada pokok kurma ini (iaitu mereka lebih memerlukan ‎penghiburan engkau atas perpisahan engkau).‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Kedudukanmu di sisi Allah Ta’ala sangat tinggi sehingga ketaatan engkau telah dinyatakan ketaatan kepada-Nya.  Allah Ta’ala berfirman ‎dalam Al-Quran Majeed, “Barangsiapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau! Engkau sangat besar di sisi Allah Ta’ala sehingga kesalahan engkau telah dimaafkan sebelum engkau meminta ampun.  Oleh itu, Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Quran Majeed, “Allah mengampunimu!  Kenapa  kamu beri mereka cuti?” ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Kedudukan engkau yang tinggi di sisi Allah Ta’ala sedemikian rupa sehingga engkau telah disebutkan paling utama dalam perjanjian yang diambil dari ‎Ambiyaa (alaihimus salam), walaupun engkau adalah Nabi terakhir yang diutuskan.  Allah Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran Majeed, “Dan ingatlah ketika kami mengambil janji dari Ambiyaa dan dari kamu, dan dari Nuh, ‎dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa bin Maryam ‎(alaihimus salam).  Dan kami telah mengambil dari mereka ikatan yang sungguh-sungguh.”  ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Engkau sangat besar di sisi Allah Ta’ala sehingga orang-orang kafir di neraka akan menyesal kerana tidak mentaatimu ‎dan akan berkata, “Ah!  Sekiranya kami taat kepada Allah dan Rasul.”  ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Sesungguhnya Allah Taala menganugerahkan kepada Musa (alaihis salam) mukjizat menjadikan sungai mengalir dari batu, tetapi tidaklah sehebat ‎Allah Taala memancarkan air dari jari-jarimu.‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Sekiranya angin tunduk kepada Sulaiman (alaihis salam) dan akan membawanya pada waktu pagi dalam jarak yang ditempuhi dalam satu bulan dan begitu juga pada waktu petang, itu tidak lebih menakjubkan daripada ‎melangkaui tujuh langit di atas Buraq dan kembali ke Makkah Mukaramah menjelang pagi.  Semoga Allah Taala ‎merahmati engkau!  ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Jika Isa (alaihis salam) dianugerahkan keajaiban menghidupkan semula orang yang telah mati, itu tidaklah lebih menakjubkan daripada seekor kambing yang dipotong-potong dan dipanggang, kemudian bercakap dengan engkau dan menyuruh kamu jangan memakannya kerana ia telah  telah diracun.  ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Nuh (alaihis salam) berdoa terhadap kaumnya dengan berkata, “Wahai Tuhanku!  Jangan biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu tinggal di muka bumi”.  Seandainya engkau berdoa terhadap kami, nescaya tidak ada seorang pun daripada kami yang selamat.  Orang-orang kafir meletakkan usus unta di atas belakangkau ketika kamu dalam sajdah.  Dalam Perang Uhud, mereka menyebabkan muka engkau berlumuran darah dan patah gigi engkau.  Walaupun demikian, engkau tidak mengutuk mereka.  Sebaliknya, engkau berdoa, ‎“Wahai Allah, ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui.”  ‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Dalam tempoh yang singkat dalam hidup engkau (dua puluh tiga tahun sebagai Rasul), lebih ramai orang yang menerima Islam daripada mereka yang menerima semasa hayat Nuh (alaihis salam) yang panjang (kira-kira seribu tahun) (pada masa Haji Wada,  seratus dua puluh empat ribu Sahabat hadir, dan hanya Allah Taala yang mengetahui berapa ramai yang telah masuk Islam tetapi tidak dapat hadir).  Bilangan orang yang membawa iman kepada kamu adalah banyak (dalam Hadis yang diriwayatkan dalam Shahih ‎Bukhaari, Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) berkata bahawa beliau melihat pengikutnya dalam jumlah yang begitu ramai sehingga mereka telah meliputi ‎ufuk).  Sangat sedikit orang yang membawa iman kepada Nuh (alaihis salam).  Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran Majeed, “Dan mereka ini tidak beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.”‎

Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam), semoga ibu bapaku dikorbankan untuk engkau!  Sekiranya engkau hanya berhibur dan bertemu dengan mereka yang setaraf dengan engkau, engkau tidak akan pernah duduk bersama kami.  Sekiranya engkau tidak berkahwin kecuali wanita yang sama taraf dengan engkau, engkau tidak akan berkahwin dengan mana-mana wanita kami.  Seandainya engkau hanya memberi makan kepada orang yang setinggi engkau, niscaya engkau tidak akan pernah memberi makan kepada sesiapa pun di antara kami.  Sesungguhnya engkau telah duduk bersama kami, mengahwini wanita-wanita kami, mengizinkan kami duduk dan makan bersama kamu, memakai pakaian yang dibuat dari rambut, menaiki keldai dan duduk di atas lantai dan makan.  Engkau akan menjilat jari engkau selepas makan dan semua ini adalah kerana rasa rendah diri.  Semoga Allah Taala melimpahkan rahmat kepada engkau.‎[3]

‎يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ‎


[1] وسنده ضعيف كما في القول البديع صـ 280

[2] الدر المنضود صـ 184، القول البديع صـ 265

[3] إحياء علوم الدين 1/310

Semak juga

Sumber Cahaya pada Hari Kiamat

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: زينوا …