
خاطب رسول الله صلى الله عليه وسلم الأزواج المطهرات مرة فقال: إن الذي يحنو عليكن بعدي لهو الصادق البار
ثم دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم لسيدنا عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قائلا: اللهم اسق عبد الرحمن بن عوف من سلسبيل الجنة.
فكان في ذلك إشارة إلى أن سيدنا عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه هو الذي يحنو على الأزواج المطهرات وينفق عليهن بعده صلى الله عليه وسلم.
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) pernah berbicara kepada para isteri baginda dan berkata:
“Sesungguhnya, orang yang berbuat baik kepada kamu semua setelah aku meninggal, sudah pasti adalah hamba (Allah) yang ikhlas dan soleh.”
Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) kemudian membuat doa yang khusus untuk Saidina Abdur Rahmaan (radhiallahu anhu) dengan berkata, “Ya Allah! Berkatilah Abdur Rahmaan bin Auf dengan kehormatan untuk minum dari sungai Salsabil di syurga.”
Dalam hal ini terdapat indikasi bahawa Saidina Abdur Rahman (radhiyallahu ‘anhu) akan berbuat baik dan memberikan nafkah kepada para isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) setelah baginda wafat. (Musnad Ahmad #26559)
Kemurahan Hati Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu)
Miswar bin Makhramah (rahimahullah) melaporkan:
Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) pernah menjual kebun anggur kepada Saidina Uthman (radhiyallahu ‘anhu) dengan harga empat puluh ribu dinar.
Ketika Saidina Abdur Rahmaan (radhiyallahu ‘anhu) menerima duit dari Saidina Uthman (radhiyallahu ‘anhu), beliau segera membahagikannya kepada para isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam), Muhajirin, orang-orang dari suku Bani Zuhrah, serta orang-orang muslim yang miskin.
Miswar (rahimahullah) menyebutkan: “Aku pergi ke rumah Saidatina Aishah (radhiyallahu ‘anha) untuk memberikan duit yang telah dibahagikan oleh Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) untuknya.
Ketika aku menyerahkan duit itu kepadanya, beliau bertanya, ‘Siapakah yang mengirimkan harta ini untukku?’ Aku menjawab, ‘Abdur Rahmaan bin Auf.’ Beliau berkata, ‘Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) bersabda: “Hanya hamba-hamba yang tetap teguh (dalam agama dan amal soleh dan kemurahan hati) yang akan berbuat baik kepada kamu setelah aku meninggal.”
Saidatina Aishah (radhiyallahu ‘anha) kemudian membuat doa yang sama untuk Saidina Abdur Rahmaan bin Auf (radhiyallahu ‘anhu) yang dibuat oleh Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) semasa hidup baginda, “Semoga Allah memberkati Ibnu Auf (merujuk kepada Abdur Rahmaan bin Auf) dengan kehormatan untuk minum dari sungai Salsabil di syurga.”
Catatan: 40 ribu dinar setara dengan sekitar 800 juta ringgit hari ini. (Al-Mustadrak ‘alas Sahihayn, #5444)
Alislaam Usaha untuk Menghidupkan Agama secara keseluruhannya