عن أبي بن كعب رضي الله عنه قال: قلت: يا رسول الله! إني أكثر الصلاة عليك فكم أجعل لك من صلاتي ؟ فقال: ما شئت قال: قلت: الربع قال: ما شئت فإن زدت فهو خير لك قلت: النصف قال: ما شئت فإن زدت فهو خير لك قال: قلت: فالثلثين قال: ما شئت فإن زدت فهو خير لك قلت: أجعل لك صلاتي كلها قال: إذا تكفى همك ويغفر لك ذنبك (سنن الترمذي الرقم 2457: وقال هذا حديث حسن)
Saidina Ubayy bin Ka’b (radhiallahu anhu) meriwayatkan: Pada suatu ketika aku bertanya kepada Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), aku ingin menambahkan selawatku ke atasmu, jadi daripada masa yang saya peruntukkan untuk doa, berapa banyakkah yang perlu saya simpan untuk berselawat ke atasmu?” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Sebanyak mana yang kamu inginkan.” Aku bertanya, “Satu suku (maksudnya satu suku daripada masa)?” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Jika kamu inginkan sangat, dan jika kamu menambahnya, ianya akan menjadi lebih baik untuk kamu.” Maka Aku bertanya, “Separuh?” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Sebanyak mana yang kamu inginkan, dan jikalau kamu menambahnya, ianya akan menjadi lebih baik untuk kamu.” Maka aku bertanya, “Dua suku?” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) menjawab, “Jikalau kamu inginkan sangat, dan jika kamu menambahnya, ianya akan menjadi lebih baik untuk kamu.” Akhirnya aku berkata, “Wahai Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam), Jikalau begitu, saya akan saya berazam untuk menggunakan seluruh masa saya yang saya gunakan kepada doa untuk berselawat ke atasmu.” Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda, “Allah Ta’ala akan menjadikannya sebagai satu asbab membebaskan kamu daripada kesemua kebimbangan (dan masalah masalah) kamu, dan sebagai satu asbab dosa-dosa kamu diampunkan.”
Penulis Selawat
Sheikhul Hadis, Maulana Muhammad Zakaria (rahimahullah) menyebutkan:
Seorang rakanku yang dipercayai memberitahuku tentang seorang penulis di Lucknow. Dia akan memulakan pekerjaan hariannya selepas menulis Selawat di atas sehelai kertas yang telah ditetapkan untuk tujuan tersebut.
Pada saat kematiannya, dia telah diselubungi dengan rasa takut akan akhirat dan dia berkata, “Apakah yang akan berlaku kepadaku selepas aku meninggalkan dunia ini?” Selepas dia berkata begitu, seorang majzub (orang berilmu yang sentiasa sibuk dengan berzikir) muncul dan berkata, “Mengapakah engkau begitu risau? Helaian kertas (yang engkau tulis Selawat di atasnya) itu ada bersama dengan Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) dan ianya sedang dihiasi.”[1]
يَا رَبِّ صَلِّ وَسَلِّم دَائِمًا أَبَدًا عَلَى حَبِيبِكَ خَيرِ الْخَلْقِ كُلِّهِمِ
[1] فضائل درود صـ 153