Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda kepada Saidina Abu bakar (radhiallahu anhu):
عن سيدنا عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لسيدنا أبي بكر رضي الله عنه: أنت صاحبي على الحوض (الكوثر يوم القيامة) وصاحبي في الغار (أثناء الهجرة) (سنن الترمذي، الرقم: ٣٦٧٠)
“Kamu akan menjadi sahabatku di telaga (maksudnya telaga kauthar pada hari kiamat) dan kamu adalah sahabatku di dalam gua (semasa berhijrah).” (Sunan Tirmidhi #3670)
Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiallahu anhu) di dalam gua Tsaur
Ketika berada di dalam gua semasa perjalanan hijrah, diriwayatkan bahawa Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiallahu anhu) berasa bimbang supaya tidak ada makhluk pun yang patut muncul daripada mana-mana lubang di dalam gua tersebut dan menyakiti Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam). Maka beliau mula menutupi kesemua lubang-lubang di dalam gua tersebut dengan menggunakan cebisan kain daripada pakaian bawahnya. Akan tetapi, masih terdapat dua lubang yang beliau tidak dapat tutup (kerana kekurangan kain), lalu Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) meletakkan kedua-dua kakinya pada lubang-lubang tersebut. Kemudian, Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) meletakkan kepala baginda di atas peha Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) dan tidur.
Apabila Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) tidur, Saidina Abu Bakar Siddiq (radhiallahu anhu) merasakan kakinya disengat oleh seekor ular di dalam lubang tersebut. Kerana tidak ingin mengganggu dan mengacau tidur Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) walupun sedikit, Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) menahan kesakitan tersebut dan tidak bergerak walaupun seinci. Akan tetapi, disebabkan kesakitan yang amat dan tidak mampu untuk menahan kesan tersebut, air mata mula mengalir tanpa dapat dikawal ke wajah Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) dan menitis ke wajah Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam).
Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) terbangun dan bertanya, “Apakah yang telah berlaku, wahai Abu Bakar?” Saidina Abu Bakar (radhiallahu anhu) menjawab, “Aku telah disengat, semoga ibu dan ayahku dikorbankan untukmu, wahai Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam)!” Rasullullah (sallallahu alaihi wasallam) kemudian meletakkan air liur baginda pada tempat yang terluka, dan kesakitan itu pun hilang serta merta.[1]
[1] مشكوة المصابيح عن رزين الرقم: 6034، شرح البخاري للسفيري 1/139