Ghusl – 3

Cara Sunnah Bermandi Wajib

1. Basuh bahagian kemaluan dengan tangan kiri dan buang apa apa kotoran yang ada di atasnya.[1]

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قالت ميمونة رضي الله عنها: وضعت للنبي صلى الله عليه وسلم ماء للغسل فغسل يديه مرتين أو ثلاثا ثم أفرغ على شماله فغسل مذاكيره (صحيح البخاري، الرقم: 257)

Saidina Ibnu Abbas (radhiallahu anhuma) meriwayatkan bahawa Saidatina Maimunah (radhiallahu anha) berkata, “Aku meletakkan air untuk Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) untuk bermandi wajib. Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) membasuh kedua dua tangan baginda sebanyak dua kali atau tiga kali, dan selepas itu baginda menuang air ke atas tangan kiri baginda dan (menggunakan tangan kiri baginda,) membasuh bahagian kemaluan baginda.”

2. Basuh apa-apa kotoran yang terdapat pada bahagian badan yang lain dengan tangan kiri.[2]

3. Ambil wuduk dengan sempurna.[3]

عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن يغتسل من الجنابة بدأ فغسل يديه قبل أن يدخلهما الإناء ثم غسل فرجه ويتوضأ وضوءه للصلاة (سنن الترمذي، الرقم: 104)[4]

Saidatina Aisyah (radhiallahu anha) meriwayatkan bahawa apabila Saidina Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) ingin bermandi wajib, baginda akan memulakan dengan membasuh tangan baginda sebelum memasukkannya ke dalam bekas air. Lalu baginda akan membasuh bahagian kemaluan baginda dan baginda akan berwuduk, seperti mana baginda akan berwuduk untuk solat.”


[1] إذا أراد الرجل أن يغتسل من الجنابة … ثم يغسل ما علي فرجه من الاذى (المجموع شرح المهذب 2/145)

[2] أما أكمل الغسل فيحصل بأمور الأول أن يغسل ما على بدنه من أذى أولا  كالمني ونحوه من القذر الطاهر وكذا النجس (روضة الطالبين 1/200)

[3] إذا أراد الرجل أن يغتسل من الجنابة … ثم يتوضأ وضوءه للصلاة … أصحابنا الخراسانيين نقلوا للشافعي قولين في هذا الوضوء (أحدهما) أنه يكمله كله بغسل الرجلين وهذا هو الأصح وبه قطع العراقيون (والثاني) أنه يؤخر غسل الرجلين (المجموع شرح المهذب 2/145)

[4] قال أبو عيسى: هذا حديث حسن صحيح

Semak juga

Azan dan Iqamat – 1

Azan – Permulaan dan Asal-usulnya Apabila Sayyiduna Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) berhijrah ke Madinah …