Pada suatu ketika, Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) telah membuat doa yang khas untuk Saidina Umar (radhiallahu anhu) dengan berkata:
رحم الله عمر، يقول الحق (بكل صراحة) وإن كان مرا (للناس)، تركه الحق وما له صديق (يراعيه عند قول الحق) (سنن الترمذي، الرقم: ٣٧١٤)
“Semoga Allah melimpahkan rahmatNya yang khas ke atas Umar! Beliau berkata yang hak (dengan jelas), walaupun ia mungkin pahit (untuk orang lain). (Bicaranya) yang hak telah membuatkan dirinya berada dalam keadaan di mana beliau tidak mempunyai kawan (yang mana beliau akan bertimbang rasa dengannya apabila beliau berkata yang hak).”
(Sunan Tirmizi #3714)
Ambil berat Saidina Umar (radhiallahu anhu) tentang Solat
Pada waktu pagi di mana Saidina Umar (radhiallahu anhu) telah ditusuk, Saidina Miswar bin Makhramah (radhiallahu anhu) telah datang untuk melihatnya. Apabila beliau masuk, beliau dapati bahawa Saidina Umar (radhiallahu anhu) telah diselubungi dengan sehelai kain dan tidak menyedarkan diri.
Saidina Miswar (radhiallahu anhu) pun bertanya kepada orang yang hadir, “Bagaimanakah dengan keadaanya?” Mereka menjawab, “Dia tidak menyedarkan dirinya sepertimana yang kamu lihat”. Disebabkan tiada masa yang banyak yang tinggal untuk solat subuh, Saidina Miswar (radhiallahu anhu) menasihati mereka, “Kejutkan dia dengan memanggilnya untuk solat, kerana tidak ada sebab yang kamu boleh kejutkannya yang lebih penting untuknya selain daripada solat.”
Kemudian mereka pun melaungkan, ” Solat, Wahai Amirul Mukminin!” Selepas sahaja mereka berbuat demikian, Saidina Umar (radhiallahu anhu) terjaga dan berkata, ” Baik! Demi Allah! Tidak ada bahagian dalam Islam untuk orang yang mengabaikan solat!”
Kemudiannya, Saidina Umar (radhiallahu anhu) mengerjakan solatnya dalam keadaan darah mengalir daripada lukanya. (Al-Mu’jamul Awsat #8181)