Syaitan mengelakkan diri daripada jalan Saidina Umar (radhiallahu anhu)‎

Rasulullah (sallaallahu alaihi wasallam) berkata kepada Saidina Umar (radhiallahu anhu):

إِيْهٍ يا ابن الخطاب، والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا قط إلا سلك فجا غير فجك (صحيح البخاري، الرقم: ٣٦٨٣)

“Wahai anak Khattab! Demi Zat yang ditanganNya terletaknya nyawaku! Bila bila masa sahaja Syaitan menjumpaimu berjalan di mana mana jalan, dia akan bergerak dan mengambil jalan yang lain selain jalan kamu dengan segera.” (Sahih Bukhari #3683)

Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) Menghormati Azwaajul Mutahharaat (radhiyallahu ‘anhun)

Saidina Aslam (rahimahullah), hamba Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu), melaporkan bahawa Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) mempunyai sembilan pinggan khas yang disediakan untuk menghantar hadiah kepada Azwaajul Mutahharaat (isteri-isteri Rasulullah [sallallahu ‘alaihi wasallam] yang dihormati dan ibu ibu kepada ummat).

Saidina Aslam (rahimahullah) menyebut bahawa setiap kali makanan, buah-buahan atau daging datang kepada Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu), maka dia akan membahagikanya kepada sembilan bahagian, meletakkannya di sembilan pinggan dan dengan hormat menghantarnya kepada Azwaajul Mutahharaat.

Dia akan menghantar lapan pinggan pertama kepada Azwaajul Mutahharaat yang lain dan akan menghantar pinggan terakhir kepada anak perempuan kesayangannya, Saidatina Hafsah (radhiyallahu ‘anha).

Kadang-kadang, jika ada sedikit kekurangan dalam mana-mana pinggan, dia akan menghantar pinggan ini kepada anak perempuan kesayangannya, Saidatina Hafsah (radhiyallahu ‘anha), dan memastikan isteri-isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) yang lain menerima pinggan penuh.  Dengan cara ini, Saidina Umar (radhiyallahu ‘anhu) lebih mengutamakan isteri-isteri Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) daripada keluarganya sendiri. (Muwatta Imam Muhammad #405)

Semak juga

Membeli Syurganya

بمناسبة غزوة تبوك، قال سيدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن سيدنا عثمان بن …